SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...

Saturday, July 16, 2011

TAHNIAH, WALAUPUN KALAH


Kuala Lumpur – Skuad Malaysia sekali lagi dibelasah dalam siri persahabatan menentang Liverpool apabila tewas 6-3 di Stadium Bukit Jalil pada petang tadi. Pertahanan skuad Malaysia nyata longgar apabila beberapa gol yang dijaringkan oleh Liverpool adalah hasil kesilapan mudah dan salah faham sesama sendiri.

Gol pertama Liverpool dijaringkan oleh Charlie Adam hasil sepakan penalti pada minit ke-27 selepas Asrarudin menjatuhkan Carrol dalam kotak penalti. Tetapi Malaysia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil sepakan percuma yang cantik dan boleh dianggap “world class” oleh Syafiq Rahim pada minit ke-43.

Bermula separuh masa kedua, beberapa pertukaran dibuat termasuk membawa masuk penjaga gol utama, Khairul Fahmi mengantikan Sharbinee. Tetapi, percaturan itu nyata tidak berhasil apabila Liverpool mendapat gol mudah hasil jaringan oleh Ngog selepas kesilapan Fadhli melakukan clearance membolehkan Ngog menolak masuk bola ke dalam gol pada minit ke-69.

Seminit selepas itu, Muslim melakukan kesilapan selepas hantaran dia tidak sampai membolehkan Ngog menjaringkan gol untuk menewaskan Apek dan meletakan Liverpool di depan dengan 3-1.

Liverpool menambah gol yang keempat selepas hantaran Insua mudah disudah Maxi Rodriguez pada minit ke-75. Tetapi, Safee berjaya merapatkan jurang gol hasil jaringan gol pada minit ke-79 dan 82 menjadikan kedudukan 4-3.
Malangnya, Liverpool menambah duka skuad Harimau Malaya dengan dua gol lagi pada minit ke-90 oleh Maxi Rodriguez dan Dirk Kuyt pada minit ke-93 menjadikan kedudukan 6-3.

Keputusan Liverpool (6) dan Malaysia (3) kekal hingga ke wisel penamat.

No comments:

Post a Comment

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...