SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...

Sunday, July 21, 2013

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 


Waktunya

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

Solat Tarawih

Hukum Solat Tarawih


Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurnaan bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; Berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah rugi mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih.

Berjemaah lebih utama

Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w., solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian ataupun secara berjemaah di masjid atau surau. Telah sepakat pendapat bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjemaah.

Solat Tarawih 20 Rakaat


Umat Islam di Malaysia khasnya mengerjakan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat semenjak dahulu lagi. Ada sebahagian kecil shaja yang solat lapan rakaat.
Demikian juga umat Islam di negara-negara lain. Jika anda pergi ke Mekah dalam bulan Ramadhan maka anda akan dapati solat sunat Tarawih di masjid AL-Haram Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah dikerjakan dua puluh rakaat.

Solat Sunat Witir


· Jika anda berniat hendak bangun tengah malam, mengerjakan solat sunat Tahajjud, solat Hajat, solat Tasbih dan sebagainya, maka solat sunat Witir ini bolehlah ditangguhkan, dan dilaksanakan yang terakhir sekali iaitu setelah selesai dikerjakan semua solat-solat tersebut.


· Kebanyakan orang ramai yang mendirikan solat Tarawih berjemaah di masjid atau surau, biasanya akan terus mengerjakan solat sunat Witir tiga rakaat (dua salam) dengan berjemaah, sebaik sahaja selesai solat sunat Tarawih.

Ramadhan, Kau Datang Lagi...

KEWAJIPAN BERPUASA

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.

Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.

FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.


Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.
Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.

· Pintu langit dibukaSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

· Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Kerajaan Mahu Mantapkan Guru Besar Dan Pengetua

Proses pelantikan pengetua dan guru besar akan dimantapkan mulai tahun depan melalui pelaksanaan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang dijalankan Institut Aminuddin Baki (IAB), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, perkara itu sejajar dengan anjakan utama untuk mentransformasi Sistem Pendidikan Negara dalam memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Menurutnya, selain NPQEL, penilaian bagi sesuatu pelantikan akan dibuat berdasarkan kemampuan bakal pengetua dan guru besar melaksanakan tanggungjawab, kreativiti dan inovasi di samping mempunyai rekod cemerlang sepanjang kerjaya sebagai guru.
''Sudah sampai masanya jawatan pengetua dan guru besar tidak boleh lagi disandang secara automatik tetapi perlu melalui suatu proses penapisan yang teliti dan melalui program latihan serta bimbingan yang komprehensif.
''Ini bermakna mereka (guru) harus melalui proses penilaian dari segi tahap kepemimpinan dan perkara lain berkaitan dengan kemampuan melaksanakan tanggungjawab. Kita nak menekankan soal kepimpinan sekolah untuk bukan hanya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian tetapi meningkatkan kualiti pendidikan negara,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Ke-20 di IAB Genting Highlands dekat sini hari ini.
Pada majlis sama, beliau turut melancarkan Repositori IAB yang berfungsi sebagai pusat bagi menyimpan, mengumpul dan menyediakan hasil penerbitan karya ilmiah dan penyelidikan institut berkenaan.
Muhyiddin berkata, pemantapan proses pelantikan pengetua dan guru besar dilakukan berdasarkan rekod beberapa sekolah yang mencapai status cemerlang atas faktor daya kepimpinan sekolah berkenaan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan membuat pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan pertukaran sekolah bagi guru-guru yang hidup berjauhan dengan pasangan masing-masing.
Walau bagaimanapun ujarnya, perkara itu bergantung kepada kekosongan yang ada selain sebab munasabah.
''Masalah penempatan guru (pertukaran) kita hadapi sepanjang masa dan tahun lalu kita menerima hampir 20,000 permohonan. Tetapi realitinya, jumlah yang memohon adalah jauh lebih banyak berbanding kekosongan.
''Kita tidak boleh tukar begitu sahaja kecuali tempat yang dimohon ada kekosongan. Kalau guru bahasa Inggeris mahu pindah ke sekolah yang sudah ada ramai guru subjek itu dan mahu menukar opsyen (subjek lain), ini akan menjejaskan pembelajaran dan pengajaran,'' tegasnya.

Tuesday, March 5, 2013

OPERASI RAHSIA:"BLACK OPS"

 Dipetik dari kelapamawar.blogspot.com
Artikel ini ditulis untuk bangsa saya, untuk saudara2 kita di Sabah yg sedang hebat diracun dengan perpecahan ia juga ditulis untuk para pejuang Islam Melayu Moro dan pasukan komando kita yg sentiasa mendapat tempat di hati saya.


Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, operasi penuh getir angkatan tentera kita yg tidak diketahui umum diceritakan penuh detail oleh Shahpaskal. (Google tak akan jumpa punya).


Saya fikir sudah sampai masanya artikel ini ditulis, tambah lagi, saya lihat elemen2 untuk menghasut rakyat Sabah dan Sarawak semakin kencang bertiup dalam internet termasuk Facebook. Saya kesal kerana petualang2 ini masih berleluasa dan saya harap kerajaan bertindak sekeras2nya terhadapa elemen ini.


Artikel ini juga ditulis untuk menyedarkan generasi muda Sabah punca2 kepada suara2 hasutan ini berarak dalam dunia siber dan banyak lagi pendedahan akan menyusul selepas ini, Insya Allah.


1. Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, dunia antarabangsa berkata sesama sendiri bahawa negara ini akan musnah dan terjerumus dalam konflik berdarah akibat rasnya terbahagi kepada tiga iaitu Melayu, Cina, India serta bumiputra yg lain.


2. Tidak ada negara dalam dunia yg akan kekal aman apabila kaum2 minoriti ini dari segi bilangan mengampiri jumlah kaum majoriti dan kuasa ekonomi pula dikuasai oleh bukan anak bangsa.


3. Sri Lanka juga merdeka dalam tempoh yg sama, negara pulau ini akan berjaya kerana masyarakatnya Sinhalese dan Tamil berkongsi jurai keturunan yg sama – itulah kata mereka (Sri Langka kemudian terjerumus dalam kancah perang perkauman selama berpuluh tahun)


4. Di Selatan Filiphina, bangsa Melayu yg dikenali sebagai orang Moro tersepit dan dijarah dengan penjajahan budaya serta agama.


5. Dihimpit dari pelbagai arah, akhirnya orang2 Melayu Moro ini bangkit dengan kekuatan senjata, menentang ketidakadilan dan berjuang dengan titisan air mata dan darah untuk “survival” bangsa, budaya dan agama.


6. Pelbagai doktrin kejam dikenakan ke atas mereka tetapi akhirnya impian mereka menjadi nyata apabila kerajaan Filiphina dan MILF digandingkan oleh para pemimpin kita seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bertemu untuk berdamai.


7. Berbalik kepada Persekutuan Tanah Melayu, akhirnya catur yg mereka (kuasa besar) mainkan gagal, dengan izin Allah, Persekutuan Tanah Melayu terus wujud aman dan negeri2 jiran yg berada di bawah naungan British, mahu masuk ke dalam persekutuan itu apabila dikhabarkan sebuah negara baru akan terbentuk iaitu MALAYSIA.


8. Minat Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah yg mahu memasuki Malaysia seolah2 tidak dapat dipercayai oleh negara jiran lain seperti Filiphina dan Indonesia.


9. Sarawak, Sabah dan Brunei yg berada jauh dari kuasa pusat iaitu Kuala Lumpur seharusnya berada di bawah Indonesia ataupun Filiphina.


10.Sekarang dunia menggosok mata apabila akan muncul sebuah lagi negara baru, Filiphina dan Indonesia yg merupakan “key player” di rantau ini menjadi kelam kabut, laungan peperangan dan permusuhan mula dipalu dan menuduh bahawa Malaysia ini merupakan sebahagian dari permainan imperialis penjajah.


11.Indonesia yg mana presidennya sedang dipengaruhi komunis mula melancarkan konfrontasi.


12.Konfrontasi perang yg kononnya dibuat untuk menghalau penjajah Inggeris dari bumi Sarawak dan Sabah akhirnya ditumpukan pula ke atas orang2 Melayu sendiri di Semenanjung Malaysia melalui pendaratan askar payung terjung Indonesia ke Labis, Johor tetapi mereka kesemua habis ditangkap atau dibunuh oleh askar2 Melayu ketika itu.


13.Askar2 Melayu yg sedang berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Kongo, Afrika terpaksa dipanggil balik ke tanahair untuk mempertahankan ibu pertiwi.


14.Secara amnya, kuasa tentera termasuk askar Melayu dan pasukan tentera British, Australia yg berada di Sarawak dan Sabah tidak mencukupi untuk mempertahankan negara baru ini dari serangan Indonesia yg ketika itu merupakan satu kuasa yg cukup besar di Asia Tenggara.


15.Dengan izin Allah sekali lagi, askar2 Melayu ini berjaya menghalau kebanyakkan tentera Indonesia dan gerilanya, sejarah dunia mengiktiraf kejayaan askar2 Melayu ini menewaskan Indonesia.


16.Presiden Soekarno akhirnya diguling dan Indonesia kemudian bergolak pada peringkat dalaman, pertumpahan darah terjadi di antara mereka, jutaan rakyat pro komunis kemudian diburu dan disembelih oleh pihak tentera dan rakyat yang pro kepada ABRI.


SABAH DENGAN CINTA TIGA SEGINYA


17.Indonesia sudah cedera parah dan hampir K.O.


18.Kini Filiphina mencuba nasib, apabila Indonesia melancarkan perang, Filiphina tidak mengangkat muncung senjatanya ke arah Malaysia, Filiphina hanya berani memutuskan hubungan diplomatik.


19.Menjelang hujung 60an, askar2 Inggeris yg berada di Sarawak dan Sabah juga sudah beransur kurang dan negara baru Malaysia pula sedang bergelut dengan ancaman komunis termasuk di kawasan sempadan Kalimantan.


20.Filiphina tahu bahawa sejarah Sabah mempunyai kaitan dengan Kesultanan Sulu.


21.Negara itu berada dibawah seorang presiden yg berkaliber dan bercita-cita tinggi iaitu Ferdinand Marcos.


22.Beliau mahu mendapatkan Sabah yg kaya dengan pembalakkan tetapi kekurangan kekuatan angkatan tenteranya merupakan faktor penghalang.


23.Dengan mengambil kira kelemahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kedudukan Kuala Lumpur yg agak jauh, pihak presiden merangka satu operasi sulit yg paling rahsia dalam sejarah Filiphina.


OPERASI MERDEKA : SABAH HARUS DIRAMPAS


24.Misi rahsia ini diberi gelar kod sebagai “OPERASI MERDEKA”.


25.Marcos kemudian memujuk seramai 300 pemuda dari anak bangsa Melayu Moro untuk dilatih sebagai pasukan khas dan akan melaksanakan tugas2 sabotaj serta clandestine di Sabah termasuk dengan tujuan untuk menyemarakkan api permusuhan di antara rakyat Sabah ke atas kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.


26.Mereka semua dilatih di sebuah kem khas di Pulau Corregidor, Filiphina dan Marcos menyangka para anak bangsa Melayu Moro ini akan gelap mata dengan kisah2 dogeng bahawa kegemilangan kesultanan bangsa mereka akan berjaya ditegakkan di Sabah.


27.Siang malam para pemuda ini dilatih dan pemikiran mereka didoktrinkan dengan kebencian ke atas Malaysia serta kegemilangan bangsa Melayu Moro jika Sabah berjaya ditawan.


28.Sehinggalah pada satu malam…………


29.Segalanya terjadi dengan izin Allah, yg mengasihani kita semua dan mahu memelihara negara ini dari segala api kebencian kerana sudah tertulis, negara ini akan muncul untuk membantu banyak bangsa dan umat Islam yg teranianya dari Bosnia sampailah ke Rohingya, sudah tertulis bahawa tanah2 milik Melayu ini akan memberi perlindungan kepada mereka yg dizalimi.


30.Para pejuang ini menyedari bahawa ada sesuatu yg tidak kena apabila memikirkan tidak ada satu titis noda dosa pun yg ditimpakan oleh para saudara mereka di Sabah, khususnya Malaysia ke atas orang2 Melayu Moro ini.


31.Mengapa perlu sebab mereka menentang dan membunuh saudara2 Islam dan sebangsa mereka di negara baru ini iaitu Malaysia.


32.Mereka kemudian nekad untuk balik ke kampung halaman masing2 di Mindanao walaupun mendapat tentangan dari jurulatih dan komander Filiphina mereka.


33.Pasukan komando dan tentera Filiphina kemudian memburu mereka, dengan senjata terhunus, peluru2 tidak bermata ini menembusi tubuh2 pejuang bangsa Moro tadi, gugurlah mereka syahid di tanahair sendiri.


34.Hujan turun lebat pada malam itu, membawa aliran darah yg tersimbah untuk mencuci bumi dan menghilangkan tangisan air mata dari para pejuang yang tidak putus2 menyebut kalimah “La Ilah Ha Il Allah” di saat2 menahan peri penderitaan dan kesakitan akibat tubuh dan nyawa yg sedang nazak untuk ditarik Malaikat Maut.


35.Akhirnya 299 pejuang yg berani itu gugur syahid dalam peristiwa hitam yg dikenali sebagai “Pembunuhan beramai2 Jabidah” yg berlaku pada tahun 1968.


Pejuang Moro, adakah anda tahu bahawa sayap pertempuran dan politik mereka ditubuhkan di bumi Malaysia???


36.Musuh-musuh dan para pembunuh ini fikir mereka mungkin mampu menyembunyikan dosa hitam mereka tetapi mereka tidak menyedari, seorang dari mangsa pembunuhan berama2 ini berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan cedera parah untuk balik ke kampungnya.


37.Habis dipanggil seluruh kampung dan masyarakat serta orang2 tua, para ustaz dan ulamak bangsa Melayu Moro berkenaan untuk mengetahui pembunuhan dan sembelihan beramai-ramai 299 pejuang mereka yg ditipu oleh tentera Marcos.


38.Akibat dari kejadian ini, masyarakat Islam dan Melayu Moro bangkit dengan sejata dan pada zaman itu, Moro National Liberation Front (MNLF) ditubuhkan di lokasi yg dirahsiakan di Malaysia.


39.MNLF kemudian diganti dengan Moro National Liberation Front (MILF).


MALAYSIA STRIKES BACK


40.Tahun 1981, Tun Mahathir Mohamad mula berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Allahyarham Tun Hussein yg meletak jawatan.


41.Tun tahu bahawa para pejuang Moro ini sudah lama meminta bantuan Malaysia dan Tun tahu, Tun Abdul Razak (ayah Najib) sudah menjalinkan hubungan yg istimewa dengan para pejuang Moro ini.


42.Tidak ada tempat lain untuk para pejuang yg teranianya ini untuk mengadu nasib dan meminta perlindungan, latihan serta senjata kecuali kepada saudara2 mereka yg berada dalam Malaysia ini.


43.Bantuan yg dihulurkan oleh kerajaan Malaysia terus diberi tetapi harus dirahsiakan kerana ini akan menjejaskan hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dengan Manila malah jika ia bocor, ia akan memberikan imej yg kurang menyenangkan mengenai negara ini di mata dunia.


44.Rakyat tidak ramai yg mengetahui kisah ini dan saya seringkali merasa sedih kerana ramai rakyat mudah memperlekehkan pemimpin sendiri, negara sendiri dan angkatan tentera kita.


45.Di bawah Mahathir, hubungan kerajaan Malaysia diteruskan untuk membantu para pejuang Moro dan pada malam dingin, bot2 laju milik komando Malaysia bergerak membelah ombak dan mengharungi pekat malam dengan berpandukan bintang di langit untuk menghantar bekalan senjata dan peluru kepada saudara2 mereka di Mindanao dan pulau2 di sekitarnya.


46.Para pejuang dan para komander mereka di bawa balik ke Semenanjung Malaysia untuk dilatih di kem2 rahsia milik tentera dengan taktik peperangan gerila yg baru sahaja membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menundukkan ancaman pengganas komunis.


47.Ya saudara2, Amerika Syarikat (AS), Peranchis dan banyak lagi negara tersungkur di bawah kaki komunis, tetapi Malaysia, kita menjadi satu2nya negara yg berjaya menewaskan para petualang tanahair ini.


48.Anak isteri tidak tahu ke mana suami2 mereka bermalam, ayah dan ibu tidak tahu ke mana anak2 mereka ini bermain sebagai anggota tentera.


49.Para komando ini tahu, jika tertangkap, mayat mereka akan berkubur di laut atau ditanam di tanah bumi asing tanpa sebarang kibaran bendera, tanpa sebarang tanda kecuali tangisan isteri dan anak2 yg bakal kehilangan suami serta bapa2 mereka dengan alasan yg mampu diterima akal.


50.Amanah negara harus dipegang….saudara Islam yg teranianya harus dibantu.


51.Tun juga tahu dari maklumat yg disampaikan oleh para pejuang Islam Melayu Moro ini, bahawa Filiphina masih mahu menuntut Sabah dan mempunyai bukti serta dokumen2 yg kukuh untuk mendapatkan Sabah hasil dokumentasi yg diperolehi apabila kesultanan Sulu berjanji dengan Syarikat Hindia Timur dulu.


OPERASI SABAH SELAMANYA


52.Tun Mahathir kemudian memanggil komander2 komando ini untuk memberikan amanat penting demi untuk menyelamat negara dari terjebak ke dalam satu kancah yg akan memberikan impak besar kepada penubuhan Malaysia.


51.Perdana Menteri itu sudah mendapat tahu dokumen mengenai Sabah dari Kesultanan Sulu wujud dan ia perlu diambil, apa sekali pun, operasi itu dikenali sebagai OPERASI SABAH SELAMANYA


52.Operatif2 dan agen rahsia Malaysia sudah pun berada di Manila untuk mencari dokumen tersebut dan melalui tawaran rasuah ratusan ribu dollar AS, dokumen tersebut yg tersimpan rapi dalam Istana Presiden iaitu Istana Malacanang, Manila berjaya di bawa keluar oleh para pengkhianat Filiphina.


53.Sekarang Tun Mahathir mengarahkan komando2 ini untuk berjumpa dengan kontek dan membawa keluar dokumen tersebut dengan selamat.


54.Maka pasukan komando menghantar 7 orang anggota terbaik pada zaman itu ke Manila untuk membuat hubungan dan menyelamatkan dokumen tersebut, mereka semua sudah berlatih dalam model istana tiruan Malacanang yg dibina khas untuk tujuan penetrasi di Pahang.


55.Kehadiran komando ini dibuat melalui jalan laut dengan bantuan para pejuang Moro kerana kedatangan secara rasmi sebagai pelawat akan mendedahkan komplot tersebut.


56.Dokumen bertukar tangan tetapi tanpa disedari, malangnya, pasukan khas Filiphina sebenarnya sudah mula menghidu rancangan rahsia ini.


57.Para komando Malaysia itu terperangkap.


58.Tujuh lelaki Melayu yg gagah berani terpaksa lawan puluhan mungkin ratusan komando dan para pengawal Istana Presiden.


59.Peluru berganti…tembakan bertalu2 dilepaskan…jerit pekik dan kekalutan berlaku, trafik dari saluran keselamatan tentera Filiphina tiba2 menjadi kelam-kabut dan penuh aktiviti.


60.Pihak perisikan ATM yg memantau saluran radio tentera Filiphina mula berasa tidak kena, jantung mereka berdengup kencang kerana nasib negara bergantung kepada tujuh lelaki Melayu tadi.


61.Segala2nya menjadi sengal, tiba2 keadaan yg pada mulanya berpihak kepada negara kita kini hampir berpusing 360 darjah apabila para komando Malaysia yg gagah berani ini terkepung.


62.Masa hadapan negara kita benar2 “TERGANTUNG” dalam keadaan yg sangat bahaya dan kritikal jika para komando ini tertangkap.


63.Bekalan peluru yg sangat sedikit tidak memungkinkan para komando Melayu ini membuat perhitungan yg lebih jauh.


64.Dengan segenap tenaga yg ada dan dengan izin Allah juga, para komando kita berjaya menyelamat diri dan seterusnya membawa pulang dokumen yg sangat2 penting untuk kestabilan Malaysia.


65.Sebelas orang yg terdiri dari pengawal Istana Presiden dan komando Filiphina terkorban dalam insiden yg berlaku sekitar tahun 1980an itu.


SENGKETA YANG LAMA AKHIRNYA PUDAR


66.Kejayaan ini Malaysia menyelamatkan dirinya dari malu besar disambut secara kecil2an dikalangan orang2 kepercayaan pihak tentera dan Perdana Menteri.


67.Filiphina berterusan menuntut Sabah sehingga ke hari ini tetapi ibarat ayam berkokok, kokoknya dipandang sinis, sehingga sekarang negara itu tetap menjalankan perang sarafnya tetapi ini episod lain yg akan saya cerita kemudian hari.


68.Ferdinand Marcos kemudian diguling rakyat selepas beliau terlibat dalam pembunuhan seorang ahli politik Filiphina iaitu Benigno Aquino dan beliau serta isterinya melarikan diri ke AS.


69.Presiden yg kejam itu akhirnya mati dalam buangan pada 28 September 1989 di Hawai, AS.


70.Segalanya hampir selesai, kini masalah Sabah sudah diselesaikan dan Filiphina pula terus dihantui oleh serangan siang malam para pejuang Islam Moro Filiphina.


71.Kerajaan Melayu Islam di Kuala Lumpur pula tidak pernah melupakan penderitaan saudara2 mereka di Mindanao, usaha damai dirintis malahan, kerajaan Malaysia tidak lokek untuk menghantar askar2 ke Selatan Filiphina untuk memastikan kedamaian wujud, walaupun penghantaran ini tidak mendapat tajaan dari PBB.


72.Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak pula, beberapa kali mengarahkan Zahid Hamidi untuk bertemu dengan para pejuang dan juga kerajaan Filiphina untuk mengukir damai.


73.Sudah terlalu lama, umat Islam Moro ini menderita api peperangan dan penderitaan, beratus tahun mereka berjuang menentang penjajahan Sepanyol, kemudian AS dan pada sejarah moden, terpaksa menentang kerajaan sendiri yang menzalimi mereka dengan penganiayaan dan pembunuhan beramai2.


74.Akhirnya, melalui usaha kerajaan dan para pemimpin Melayu Malaysia, kedua2 pihak yg sudah bertelagah lebih dari 30 tahun itu akhirnya duduk semeja menandatangani rangka perjanjian yg akan membawa pemerintahan berautonomi di Selatan Filiphina.


75.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Filiphina Benigno Aquino III melihat perjanjian bersejarah itu termeterai pada 15 Okt 2012 di Manila.


76.Benigno Aquino III pula adalah anak kepada ahli politik yg telah dibunuh oleh Marcos yg saya ceritakan pada para ke 66 tadi.


77.Najib tersenyum kesyukuran kerana bantuan yg mulakan oleh ayahnya dengan membenarkan para pejuang Moro membentuk MNLF di bumi Malaysia akhirnya terhasil.


78.Wilayah autonomi itu akan dikenali sebagai tanah BANGSAMORO.


79.Akhirnya ayat ini, mailah kita sedekahkan Al Fatihah kepada 299 pejuang Islam Moro yg syahid itu tadi serta kepada tujuh komando kita itu, syabas, kalian benar2 pejuang negara.
sumber:http://harapan-esok.blogspot.com/2013/02/black-ops-operasi-sabah-selamanya.html

Saturday, February 16, 2013

Nak share dengan korang tahi bintang yang telah jatuh ke bumi yang telah menyebabkan berlakunya gegaran sehingga mengakibatkan lebih dari 400 penduduknya cedera. Keadaan trafik di bandar Chelyabinsk juga dikatakan turut terjejas.
Macam-macam yang berlaku sekarang ni kan.
 Boleh tengok video ni bagi sape-sape yang belum menengoknya.
Mintalah dijauhkan daripada sebarang malapetaka.amin,,,
alhamdulillah...masih ingat password untuk login blog ni.lama betul aku tak jengah ke sini. Setahun lebih. Insyaallah tahun 2013 ni aku boleh la slow-slow update sikit mana yang termampu.
Sebenarnya tak banyak isu atau bahan yang nk aku post kat sini. Sebab tu lama tak update. Tambahan dengan kekangan kerja yang makin hari makin banyak.
Apa-apa pun kepada follower dan yang sudi menjengah ke blog aku yang tak seberapa ni (sememangnya tak seberapa) diucapkan terima kasih. Sama-sama kita kongsikan.
Ok. Sehingga jumpa lagi.
Babai...

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...