SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...

Saturday, October 29, 2011

FINAL PIALA MALAYSIA 2011

*petikan dari bloger ANAK MEMBERONTAK*

Assalamu'alaikum,

Meriah Piala Malaysia tahun 2011 dengan bermacam-macam kisah. Jurulatih Selangor meletak jawatan selepas 4 perlawanan kumpulan dan timbul pelbagai spekulasi dan teori, lima kad merah dalam perlawanan suku akhir pertama di Kuala Terengganu, prestasi pengadil menjadi isu hingga keluar berbagai-bagai pendapat dan kenyataan dari segenap golongan rakyat bolasepak di Malaysia dan yang terbaru isu kenaikkan harga tiket yang menimbulkan kekecohan 1Malaysia tetapi telah dapat diatasi dengan jayanya oleh kedua-dua persatuan negeri. Tahniah!!

Setelah selesai, timbul pula pendapat-pendapat mengenai cara penyelesaian itu, masing-masing mempunyai pendapat masing-masing. Oleh itu aku cuma nak kongsi pendapat aku di sini.

Pertama sekali, aku memang kurang bersetuju dengan pemberian subsidi oleh kedua-dua persatuan/kerajaan negeri dan juga mereka-mereka yang telah membeli tiket-tiket subsidi itu kerana cara itu bukanlah cara yang akan menguntungkan untuk kita semua sebagai penyokong di masa hadapan terutamanya sukan bolasepak itu sendiri. Kenapa?? Sebabnya;

  1. Harga RM50 itu akan menjadi titik penanda bagi harga-harga tiket untuk perlawanan-perlawanan lain selepas ini.
  2. Jika sebuah perlawanan domestik tiketnya berharga RM50, bagaimana pula dengan perlawanan antarabangsa nanti? Sudah pasti sebuah perlawanan antarabangsa tidak akan lebih murah tiketnya dari perlawanan domestik.
  3. Kenapa aku berkata demikian?? Tahun depan kita akan menganjurkan Piala AFF Suzuki 2012 dan aku rasa FAM sudah membuat kira-kira dan jika perancangan mereka berjaya pada 29hb Oktober 2011 ini nanti sudah pasti harga tiket bagi perlawanan antarabangsa akan menjadi lebih atau sama dengan RM50 bagi satu perlawanan. Mampukah aku nanti?? Aku terfikir...
  4. Kenapa aku cakap macam tu?? Cuba imbas kembali, pada tahun 2010 harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia dinaikkan dari RM20 ke RM30, kemudian pada Disember tahun itu harga tiket perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 juga berharga RM30. Kemudian untuk perlawanan persahabatan, kelayakan Olimpik 2012 dan Pra Piala Dunia 2014 berharga RM20 dan telah naik ke RM30 sewaktu Pra Piala Dunia 2014 Pusingan Ke-2 menentang Singapura kerana FAM dapat menghidu bahawa sambutan pasti menggalakkan dari rakyat bolasepak Malaysia ketika itu.
  5. Jadi imbas kembali ke No. 3, jika tahun ini perlawanan akhir Piala Malaysia telah ditetapkan harganya pada RM50, maka berapa pula harga tiket bagi perlawanan kelayakan Olimpik 2012 pada November 2011 nanti?? dan berapa pula harga tiket bagi perlawanan antarabangsa pada tahun 2012 nanti?? Pastinya bukan lagi RM30 kan?? cuba renung sejenak... :-)
  6. Kenapa beri subsidi?? Pendapat aku, ialah mungkin untuk menutup kesalahan pihak tertentu yang mungkin telah mempersetujui harga yang mungkin dicadangkan oleh FAM.
  7. Kenapa aku kata begitu?? Sebabnya, kalau tak salah kenapa nak mengalah?? Kalau betul kedua-dua persatuan negeri tidak bersetuju dengan harga tiket, kenapa perlu mengalah dengan keputusan jawatankuasa yang dikepalai oleh Dato' Hamidin?? Jadi mungkin ada "story" disebalik keputusan ini yang hanya mereka dan keluarga mereka sahaja tahu...hehehe
  8. "Story"nya mungkin orang berkuasa dalam FAM telah mengeluarkan arahan kepada PBNS & PBSNT yang FAM tidak akan menurunkan harga tiket kerana mungkin takut malu dan mungkin takut dikatakan mengalah dengan kuasa penyokong dan mereka akan lebih rasa tergugat selepas ini jika harga tiket diturunkan. Jadi jalan paling selamat supaya Stadium Shah Alam tidak dipenuhi dengan angin sepoi-sepoi bahasa sahaja adalah dengan cara pemberian subsidi ini, kerana mereka tahu yang rakyat Malaysia ni lemah dengan "RM" lebih-lebih lagi bila dengar ada "subsidi"..tersenyum lebar sampai ke telinga mereka walaupun sebelum nih masam mencuka muka disusuli dengan kata-kata cacian dan maki hamun terhadap FAM.
  9. Jadi kenapa aku tak setuju dengan tindakan mereka-mereka yang telah membeli tiket-tiket subsidi ini, kerana sebab-sebab yang telah aku berikan di No. 1 hingga 5 di atas (sila rujuk kembali kalau dah lupa)..hehe. Tindakan mereka ini aku lihat akan membebankan golongan-golongan yang selalu cuba untuk memenuhkan stadium setiap minggu walaupun tak penuh-penuh, sedangkan majoriti yang membeli tiket itu aku jamin, terdiri dari golongan yang datang stadium bila dan masuk "quarter" atau "semi" atau pun hanya setahun sekali menjengah ke stadium. Tak salah, aku tak cakap tindakan korang tu salah cuma aku kurang setuju jek, sebab aku memandang masa hadapan apa akan berlaku terhadap bolasepak Malaysia nanti, mungkin anda yang beli tiket tu tak pandang, tak kisah atau terlepas pandang.
  10. Kenapa aku cakap yang beli tiket itu majoritinya terdiri dari golongan yang datang stadium bila dan masuk "quarter" atau "semi" atau pun hanya setahun sekali menjengah ke stadium?? Sebab secara logiknya kalau mereka kata mereka sanggup berhabis duit untuk bersama pasukan kesayangan mereka, memberi sokongan dan semangat kepada para pemain, kenapa aku tengok SSINS Kuala Terengganu dan STAR Paroi tak penuh pun setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Penyu dan Rusa, kata setia memberi sokongan dan semangat tapi hanya penuh bila dah quarter dan semi dan mungkin untuk perlawanan tertentu sahaja. Setia ke dek non oii?
  11. FAM pandai menggunakan perkataan "kesetiaan" untuk merompak anda dan persatuan negeri anda semua. Kalau FAM kata hasil penjualan tiket dibahagi 50-50, memang betul, diaorang tak tipu, tapi yang bahagi 50-50 tu adalah untung hasil penjualan tiket, selepas ditolak sewa stadium, kos penyelegaraan perlawanan akhir(bayar RELA, Polis, pegawai tu, pgawai nih) barulah ianya dibahagi sama rata antara PBNS & PBSNT.
  12. Kenapa aku kata begitu?? Sebab, fikir secara logik, siapa nak tanggung kos-kos penganjuran perlawanan akhir tu?? FAM nak tolong bayar?? huh!! Jadi dengan anda membeli tiket-tiket subsidi itu bermakna anda telah mengurangkan kantung pasukan kesayangan anda sendiri tetapi telah memenuhkan sedikit kantung FAM.
  13. Kenapa aku cakap macam tu?? Jom kita buat kira-kira sedikit secara kasar;
Jika kita boikot & paksa FAM turunkan harga tiket mengikut 2010
Kita ambil harga tiket sebagai RM30(ikut harga 2010)
60,000 tiket(30k T'ganu & 30k N.Sembilan)
60,000 x RM30 = RM1.8j
(+)5,000 tiket dijual hari Sabtu
5,000 x RM30 = RM150k
Jumlah penjualan tiket = RM1.95j

Andaikan pembahagian dibuat begini;
Stadium = 10% x RM1.95j = RM195k
Kos penganjuran = 10% x RM1.95j = RM195k
FAM = 30% x RM1.95j = RM585k
(mustahil FAM tak amik "percent" kunun tak amik katanya)

Jadi baki yang tinggal untuk dibahagi kepada PBNS & PBSNT ialah sebanyak RM975k;
PBNS = RM487,500
PBSNT = RM487,500

Untuk pengetahuan itu PENDAPATAN BERSIH pasukan kesayangan anda jika kita semua berjaya mendesak FAM menurunkan harga tiket ke RM30.

Kini kita lihat pula pendapatan pasukan kesayangan anda selepas anda semua membeli tiket subsidi;

Tiket Besubsidi
Kita ambil harga tiket sebagai RM50(ikut harga FAM)
60,000 tiket(30k T'ganu & 30k N.Sembilan)
60,000 x RM50 = RM3j
(+)5,000 tiket dijual hari Sabtu
5,000 x RM50 = RM250k
Jumlah penjualan tiket = RM3.25j

Andaikan pembahagian dibuat begini;
Stadium = 10% x RM3.25j = RM325k
Kos penganjuran = 10% x RM3.25j = RM325k
FAM = 30% x RM1.95j = RM975k
(mustahil FAM tak amik "percent" kunun tak amik katanya)

Jadi baki yang tinggal untuk dibahagi kepada PBNS & PBSNT ialah sebanyak RM1.625j;
PBNS = RM812,500
PBSNT = RM812,500

Untuk pengetahuan itu BUKAN PENDAPATAN BERSIH pasukan kesayangan anda kerana perlu ditolak subsidi yang dikeluarkan oleh PBNS & PBSNT sebanyak RM600k & RM750k, makanya...

Pendapatan Bersih;

PBNS
PBSNT
Pendapatan RM812,500
(-)Subsidi RM600,000
BERSIH RM212,500

Pendapatan RM812,500
(-)Subsidi RM750,000
BERSIH RM 62,500


Nah..renung-renungkan lah :-)

Dalam hal ini tidak dinafikan FAM adalah golongan yang paling bijak mungkin kerana mereka banyak pengalaman dalam kegiatan rompakan secara besar-besaran begini dari pengalaman untuk memajukan sukan bolasepak itu sendiri..hehe.

Golongan yang yang kena tindas dan ditipu oleh kata-kata manis FAM ialah penyokong dan persatuan negeri masing-masing.

Dalam hal ini aku bukan nak sibuk-sibuk hal negeri korang, aku hanya nak kongsi dengan anda semua pandangan dan pendapat aku tentang isu ini sebab pada aku ini membabitkan dan berkait dengan hal bolasepak Malaysia juga. Namun akhirnya terpulang kepada penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu dalam membuat pilihan. Yang mana dah buat pilihan untuk membeli tiket demi kesetiaan anda untuk bersama-sama pasukan kesayangan anda, aku tak boleh nak kata apa, itu pilihan anda, aku cuma boleh kata "Good Luck" dan harapkan selepas ini anda fikir secara menyeluruh dan lihat perkara-perkara tersirat dalam bolasepak ini. Kepada yang masih berdegil tidak mahu membeli tiket kerana sayangkan dan tidak mahu pasukan anda serta bolasepak Malaysia digadai maruahnya sebab wang ringgit, maka aku tabik kepada anda kerana aku bersama kalian semua.

Apa-apa pun aku nak ucapkan semoga berjaya kepada pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan. Kepada penyokong kedua-dua pasukan, semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang. Tahniah kepada anda kerana pasukan anda berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

Kepada yang memboikot, dengar cerita esok ramai-ramai akan berada di luar stadium?? hurmm..macam menarik...boleh ke kalau yang sokong boikot nih dari negeri lain semua turun turut serta?? Apa kata mereka yang tak setuju dengan tindakan FAM nih?? nak join orang Negeri Sembilan dan Terengganu yang tidak membeli tiket di luar Stadium Shah Alam pada 29hb Oktober 2011?? Jommm lahh kumpul di tempat letak kereta Go-Kart Stadium Shah Alam sebelum jam 6:00pm..supaya bolasepak Malaysia tidak terus dihenyak dan dipijak FAM serta semoga mentaliti penyokong di Malaysia ini berubah dan maju seperti negara yang bolasepaknya maju. :-)

kredit untuk : http://anakmemberontak.blogspot.com/2011/10/piala-malaysia-2011.html?spref=fb

Friday, October 28, 2011

APA SUDAH JADI FAM?



www.fam.org.my

ish! ish! ish!...kan dah kena.tak pasal-pasal kena hack.tapi xnak jugak amik pengajaran. Yang kes baling cat merah semalam tu pun sebab tak puas hati. cukup-cukup la tu. Kesian kat penyokong kena kumpul duit. Yang kaya tak menjadi masalah.tapi sian yang miskin.rela bergolok bergadai kerana minat punya pasal.

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...