SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...

Thursday, April 29, 2010

Hari ni rasa paling penat. Buat keje pun terkejar-kejar. Petang tadi meeting post mortem linus. Sekolah aku result saringan 1 yang paling teruk.100% murid gagal literasi.Sampai pengarah ppd tegur.
Ntah la.Aku dah buat sehabis baik dah.Terpulang la kat budak-budak tu semua. Kena paksa baru diaorang rajin sikit.
Lepas meeting terus p tuisyen pulak. Penat pun xsempat hilang. Tapi kena la berkorban tenaga sikit.walaupun penat kena la tahan.Nak cari sesen dua buat topup gaji. sebelum senang tu kena la susah-susah dulu.

Wednesday, April 28, 2010

Sudah lama aku tidak update blog aku ni. Tiada masa nak mengadap laktop lama-lama. Setakat sejam tu buleh la slow-slow. Baru kejap tadi aku update la sikit-sikit. Tambah kat sidebar. Nak create sidebar sendiri tapi tak tahu pulak macam mana. Just godek-godek sendiri jer. Buleh la.
Seminggu dua ni terasa sangat kepenatan. Penat badan,penat otak. Banyak keje tak update lagi. maybe nanti kena pergi release kat mana-mana. tapi cuti lambat lagi. Mana sempat cuti sabtu,ahad jer nak pergi jalan-jalan. Kalau dapat pergi mandi air terjun best jugak ni. Emm... lama dah tak kena air terjun. Air pantai tak best sangat.melekit.

Thursday, April 22, 2010

corat - coret

baru balik ajar tuisyen. Dapat la side income sikit-sikit. Kalau nak harapkan makan gaji,sampai tua pun tetap macam tu jugak. Kena pandai la cari income lain menampung taraf hidup yang semakin hari semakin naik. Zaman sekarang tidak sama seperti dulu lagi. Sape yang lambat,mengharapkan simpati jer, alamatnya ketinggalanlah ia.
Jadi, fikir-fikirkanlah. It's all up to you. Jangan kita dengki dengan kejayaan orang lain. Siapa yang gigih berusaha, dialah yang mendapat habuannya. Siapa yang hanya mengharapkan hujan dari langit, entahkan turun entahkan tidak.
Setiap manusia ada kelebihan, ada kekurangan masing-masing. Carilah di mana kelebihan,kekurangan itu. Gunakanlah kelebihan itu untuk membina kehidupan yang lebih sempurna, dan muhasabahlah kekurangan itu untuk menjadikan ia sesuatu yang mampu memberikan kelebihan kepada kita.

Tuesday, April 20, 2010

renungan...

A winning horse doesn't know why it is runs in a race...But it knows it runs faster because of the beats and pains...The larger your pains are, the stronger you become. Life is a race. GOD is your rider. The harder HE beats you, the harder HE makes you to win. So, don't be distressed. Life is sometimes difficult but always possible ...


Anakku yang sulong. IRDINA KHALISAH. Hampir menginjak 2 tahun pada 12 Mei depan. Diam tak diam dia makin membesar tanpa ditemani setiap hari oleh aku. Maklum la, sorang kat Johor,sorang lagi kat KL. Cuma ari minggu je la aku berkesempatan turun Jb. Selama 2 tahun lebih aku runner.

Tapi semua itu sudah menjadi lumrah. Kehidupan baru nak bermula katakan. Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. Alah bisa tegal biasa.



coretan

setiap hari mengadap laktop.bukak facebook,baca news online. Kadang-kadang kerja lain banyak terbengkalai. Walau apa pun jangan sampai ia melekakan kita semua.

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...