SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010

16 Mei setiap tahun semua guru merayakan sambutan Hari Guru.Sambutan yang mengiktiraf jasa-jasa guru yang tanpa jemu mendidik anak murid menjadi orang yang berguna.Semalam,tarikh keramat tersebut sekali lagi disambut oleh guru-guru di Malaysia khasnya, dengan pelbagai acara dan majlis bagi meraikan insan mulia yang bernama GURU. Tiada permulaan pasti tidak akan ada yang seterusnya.Guru-gurulah yang mendidik kita dari mengenal ABC sehinggalah kita berjaya ke menara gading dan seterusnya berjaya mengecapi hidup selesa yang sedia ada kini. Benarlah bait-bait sajak yang digarap oleh Usman Awang.

Jika hr ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hr ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hr ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hr ini seorang ulama yang mulia
Jika hr ini
seorang peguam menang bicara
Jika hr ini
seorang penulis terkemuka
Jika hr ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Cuba kita renung sejenak.Apakah balasan yang telah kita berikan kepada guru-guru kita?Pernahkan kita menjejaki rumah mereka atau paling tidak pun hanya bertanya khabar melalui telefon?Mungkin sesetengah orang pernah dan mungkin sesetengah yang lain sebaliknya. Sebelum mereka menutup mata,apa salahnya kita menjengah untuk seketika. Insan yang membentuk diri kita menjadi doktor,polis,askar,guru,akauntan,pensyarah dan sebagainya.
SELAMAT HARI GURU kepada semua cekgu-cekgu...Terima kasih cekgu.

Monday, May 10, 2010

Kawan-kawan lama...


Once upon a time...Kawan-kawan semasa belajar di Universiti Malaya sesi 2000-2001 Akademi Pengajian Melayu. Gambar bersama Prof. Zainal Abidin Borhan (Dulu ketua jabatan,sekarang Pengarah APM). Sekarang entah semua ke mana menghilang. Masing-masing membawa haluan sendiri. Mungkin sudah ada yang mempunyai anak tiga empat orang kot.
Assalamualaikum...Diam tak diam hanya empat minggu lagi cuti akan bermula.Tak sabar rasanya.Nanti boleh la relak otak,relak badan.Rasa penat sangat sekarang ni.Mesti semua warga guru ternanti-nanti cuti sekolah ni.Especially yang posting Sabah dan Sarawak. Cuti dua minggu ni la baru diaorang berkesempatan balik kampung.
Aku pun sama.nanti boleh balik kampung.Tapi perit rasanya drive 13 jam lebih baru sampai kampung.Penatnyer...Kalau dapat pindah mengajar Kelantan kan elok.Tak payah nak pikir balik kampung bila tiba cuti sekolah.Ada rezeki nanti insyaallah boleh balik.

Wednesday, May 5, 2010

Salam semua...
Diharapkan semua bermula dengan hari yang ceria. Kalau tak ceria pun,buat-buat la ceria.Baru kerja menjadi. Sama la aku pun. Kena la ceriakan diri sendiri baru ada mood nak buat kerja. Kalau asyik ingatkan kerja,kepala pun boleh naik pusing. Kadang-kadang kita kena la cari inisiatif untuk ceriakan diri. Paling tidak pun pergi la taman-taman ke,tempat rekreasi ke, apa-apa je la. Hirup sikit udara segar. Biar badan merasa udara yang suci bersih dari asap-asap yang sekarang entah macam asap yang ada.asap kete,kilang,rokok(yang hisap rokok jangan marah pulak deh),open burning.
Badan yang sihat menentukan otak yang cergas,kerja yang sempurna. So,selamat beramal...

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...