aku ingat
aku saja yang merasainya
rupa rupanya engkau jua sama
bagaikan penulis skrip yang serupa
menggarap ceritera yang sama
hanya pelakon yang berbeza
teman....
apalah nikmat rasanya manis
jika tiada perisa pahit
apalah nikmatnya madu
jika tiada merasai hempedu
apalah nikmatnya bercinta
jika tidak pernah kecewa
apalah nilainya sayang
kalau tidak berkasih
apalah nilainya cinta
kalau tiada kejujuran
apalah nilainya pengorbanan
kalau tidak dihargai
apalah nilainya luka
kalau tidak berdarah
ku usap parut ku
aku gembira dengan parut ku
kerana dengan parut ku
aku mengerti nilai kehidupan............
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment