SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...

Wednesday, July 13, 2011

22 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat
penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut,
jawab baginda,”Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang penyayang tidak akan sia-sia”


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 orang lelaki yang tidak soleh

3. seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.

4. seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
maka darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis
kerana takutkan ALLAH SWT dan orang yang takutkan
ALLAH akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari psar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelak. Maka
barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.s

7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali
haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk
dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari
pertama haidnya membaca “Alhamdulilah ‘alaa kulli
Halin Wa Astaghfirullah- segala puji bagi ALLAH dalam
segala keadaan dan aku mohon ampun kepada ALLAH dari
segala dosa”maka ALLAH menetapkan dia bebas dari
neraka dan dnegna mudah melalui siratul mustaqim yang
aman dari seksa, bahkan ALLAH SWT mengangkatnya ke
atas darjat , seperti darjatnya 40 orang mati syahid ,
apabila dia selalu berzikir kepada ALLAH selama
haidnya

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasuluullah SAW) di dalam syurga.

9. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan ataudua anak perempuan
atau dua saudara perempuan , lalu dia bersikap ehsan
dalam pergaulan sesame mereka dan mendidik mereka
denganpenuh rasa taqwa serta bertanggungjawab , maka
baginya adalah syurga.

10.daripada Aisyah r.h.a , “Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu
dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu
maka jawablah panggilan ibumu dahulu
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, smeua ikan-ikan di
laut, burung di udara,malaikat di langit, matahari dan
bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia
taat kepada suaminya dan meredhainya(serta menjaga
sembahyaang dan puasanya)

15. Aisyah r.h.a berkata: “Aku bertanya kepada
Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?” Jawab baginda: “Suaminya”. “Siapa
pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW
“Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima
waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara
kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti
akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia
kehendaki

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka ALLAH SWT memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

18. Apabila seserang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
ALLAH SWT mencatat baginya setiap hari 1,000 kebaikan
dan mnghapuskan daripadanya seribu kejahatan.

19. Dua rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah
lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak
hamil.

20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa
pada siang hari

21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat
pada malam hari

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka ALLAH SWT mencatat baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...