SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...

Tuesday, March 15, 2011

bahaya botol susu


Mendapati bahaya Bisphenol A (BPA) boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh, kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu mengandungi bahan terbabit berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan pengharaman itu dibuat kerana tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat mengandungi BPA selamat untuk digunakan.


Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkannya selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

Polikarbonat adalah bahan plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi manakala BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

Sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi, sekali gus mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.

Liow berkata, pemantauan secara berterusan oleh pihaknya mendapati ada migrasi BPA daripada botol susu bayi polikarbonat yang dianalisis.

Sehingga 2010, sebanyak 159 sampel botol susu bayi dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 miligram/kilogram hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian oleh Universiti Malaya menunjukkan kadar migrasi meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah selsius berbanding pada suhu bilik 25 darjah selsius.

sumber: harian metro

No comments:

Post a Comment

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...