SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...

Tuesday, March 15, 2011

Akhirnya Lin Dan rebah jua


Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memperagakan aksi terbaik untuk membawa pulang gelaran All England kedua berturut-turut dengan dibimbing Tey Seu Bock. Chong Wei menjadi pemain Malaysia pertama berjaya mempertahankan kejuaraan selepas Datuk Eddy Choong melakukannya pada 1956 dan 1957.

Kemenangan ini menguatkan keyakinan jaguh perseorangan itu untuk memburu dua lagi kejuaraan besar yang tidak pernah dimenangi - Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia.

Sama ada misi ke London 2012 akan diteruskan tanpa atau dengan Misbun, yang meletakkan jawatan pada 31 Disember lalu, bagi Chong Wei yang penting ketika ini, dia mahu berkongsi detik indah All England bersama jurulatihnya itu.

“Saya tujukan kemenangan ini buat Perdana Menteri dan isteri. Ia juga adalah hadiah buat jurulatih saya, Misbun Sidek. Saya tidak tahu apa masalah beliau (Misbun) dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) tetapi saya harap beliau boleh balik.

“Kejayaan ini juga buat semua peminat yang menyokong saya, baik di Malaysia mahu pun Birmingham,” katanya.

Malah, Chong Wei turut menerima hadiah istimewa sejurus tamat perlawanan apabila mendapat ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. “Beliau (Najib) menelefon saya dan berkata, kamu melakukan tugas yang bagus,’’ katanya.

Biarpun ramai yang melihat kejayaan menjuarai All England tahun lalu lebih istimewa kerana dipahat pada ulang tahun ke-100 kejohanan, namun Chong Wei melihat kemenangan kali ini lebih bermakna.

Apa yang menjadikan ia istimewa adalah kerana dia menumpaskan Lin Dan dalam final kejohanan utama buat kali pertama.

“Kemenangan ini sangat bermakna kerana Lin Dan bukan pemain yang mudah dikalahkan, ia meningkatkan keyakinan saya untuk menghadapi Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik,” akui Chong Wei.

Chong Wei memiliki pengalaman kalah dalam tiga final kejohanan utama kepada Lin Dan, bermula dengan Sukan Olimpik 2008, All England 2009 dan Sukan Asia 2010.

Dia juga diaibkan dengan kekalahan mudah 17-21, 8-21 pada separuh akhir Piala Thomas di depan penyokongnya sendiri di Kuala Lumpur, tahun lalu.

sumber: utusan melayu 3/2011

No comments:

Post a Comment

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...