SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...

Thursday, January 27, 2011

Mengapa selepas 40 tahun?


Setelah 40 tahun berlalu, mengapa baru sekarang timbulnya ketidakpuasan di hati mereka tentang kisah sejarah yang dipaparkan dalam novel tersebut? Apakah ada agenda yang mereka perjuangan di sebalik kemelut yang ditimbulkan ini? Disebabkan politik, bidang pendidikan turut menjadi mangsa demi pangkat dan gelaran yang dikejar.

Dari segi spiritual pula, Interlok adalah satira perpaduan kerana dapat dilihat betapa tiga bangsa Melalui watak Pak Musa, Cing Huat dan Maniam, bersusah payah membina satu perpaduan untuk negara bangsa yang membangun.

Inilah simbolik dalam Interlok dan apa yang kita lihat hari ini dalam Malaysia ialah unsur perpaduan. Tanpanya tidak akan ada Malaysia hari ini. Kaum India sepatutnya berterima kasih kepada Abdullah.

Pengarang dalam Interlok mengisahkan susur galur bangsa yang dianggap paling rendah di India, tetapi datang ke Tanah Melayu sehingga menjadi suku kaum yang kuat dari segi politik sehingga ada yang menjadi jutawan dan menteri.

Kita sepatutnya bersyukur dan soal sensitiviti tidak timbul sebab apa yang dicoretkan pengarang ada dalam sejarah dan apakah kita boleh menafikan sejarah. Mengapa kita tidak melihat Interlok sebagai satu hakikat dan jangan dipolitikkan

Masalah tidak sepatutnya timbul. Mengapa selepas berada dalam tamadun yang kuat dalam konteks perpaduan, kita mahu melupakan sejarah? Mengapa mesti sejarah kaum Cina dan India bersusah payah datang ke Tanah Melayu serta menjadi bangsa yang berjaya, ia mahu dilupakan?

No comments:

Post a Comment

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...