SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010

16 Mei setiap tahun semua guru merayakan sambutan Hari Guru.Sambutan yang mengiktiraf jasa-jasa guru yang tanpa jemu mendidik anak murid menjadi orang yang berguna.Semalam,tarikh keramat tersebut sekali lagi disambut oleh guru-guru di Malaysia khasnya, dengan pelbagai acara dan majlis bagi meraikan insan mulia yang bernama GURU. Tiada permulaan pasti tidak akan ada yang seterusnya.Guru-gurulah yang mendidik kita dari mengenal ABC sehinggalah kita berjaya ke menara gading dan seterusnya berjaya mengecapi hidup selesa yang sedia ada kini. Benarlah bait-bait sajak yang digarap oleh Usman Awang.

Jika hr ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hr ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hr ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hr ini seorang ulama yang mulia
Jika hr ini
seorang peguam menang bicara
Jika hr ini
seorang penulis terkemuka
Jika hr ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Cuba kita renung sejenak.Apakah balasan yang telah kita berikan kepada guru-guru kita?Pernahkan kita menjejaki rumah mereka atau paling tidak pun hanya bertanya khabar melalui telefon?Mungkin sesetengah orang pernah dan mungkin sesetengah yang lain sebaliknya. Sebelum mereka menutup mata,apa salahnya kita menjengah untuk seketika. Insan yang membentuk diri kita menjadi doktor,polis,askar,guru,akauntan,pensyarah dan sebagainya.
SELAMAT HARI GURU kepada semua cekgu-cekgu...Terima kasih cekgu.

No comments:

Post a Comment

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...