SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...
Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Kerajaan Mahu Mantapkan Guru Besar Dan Pengetua

Proses pelantikan pengetua dan guru besar akan dimantapkan mulai tahun depan melalui pelaksanaan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang dijalankan Institut Aminuddin Baki (IAB), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, perkara itu sejajar dengan anjakan utama untuk mentransformasi Sistem Pendidikan Negara dalam memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Menurutnya, selain NPQEL, penilaian bagi sesuatu pelantikan akan dibuat berdasarkan kemampuan bakal pengetua dan guru besar melaksanakan tanggungjawab, kreativiti dan inovasi di samping mempunyai rekod cemerlang sepanjang kerjaya sebagai guru.
''Sudah sampai masanya jawatan pengetua dan guru besar tidak boleh lagi disandang secara automatik tetapi perlu melalui suatu proses penapisan yang teliti dan melalui program latihan serta bimbingan yang komprehensif.
''Ini bermakna mereka (guru) harus melalui proses penilaian dari segi tahap kepemimpinan dan perkara lain berkaitan dengan kemampuan melaksanakan tanggungjawab. Kita nak menekankan soal kepimpinan sekolah untuk bukan hanya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian tetapi meningkatkan kualiti pendidikan negara,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Ke-20 di IAB Genting Highlands dekat sini hari ini.
Pada majlis sama, beliau turut melancarkan Repositori IAB yang berfungsi sebagai pusat bagi menyimpan, mengumpul dan menyediakan hasil penerbitan karya ilmiah dan penyelidikan institut berkenaan.
Muhyiddin berkata, pemantapan proses pelantikan pengetua dan guru besar dilakukan berdasarkan rekod beberapa sekolah yang mencapai status cemerlang atas faktor daya kepimpinan sekolah berkenaan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan membuat pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan pertukaran sekolah bagi guru-guru yang hidup berjauhan dengan pasangan masing-masing.
Walau bagaimanapun ujarnya, perkara itu bergantung kepada kekosongan yang ada selain sebab munasabah.
''Masalah penempatan guru (pertukaran) kita hadapi sepanjang masa dan tahun lalu kita menerima hampir 20,000 permohonan. Tetapi realitinya, jumlah yang memohon adalah jauh lebih banyak berbanding kekosongan.
''Kita tidak boleh tukar begitu sahaja kecuali tempat yang dimohon ada kekosongan. Kalau guru bahasa Inggeris mahu pindah ke sekolah yang sudah ada ramai guru subjek itu dan mahu menukar opsyen (subjek lain), ini akan menjejaskan pembelajaran dan pengajaran,'' tegasnya.

Wednesday, May 18, 2011

KEJUTAN BUAT GURU...


Ribuan unggas yang berkumpul dan menunggu pengumuman penguasa rimba yang khabarnya mahu memberi kejutan sempena sambutan Hari Unggas dan Mergastua benar-benar terkejut dengan pengumuman yang dibuat.Pecahlah khabar di sana sini seluruh inci hutan bahawa kumpulan unggas dan mergastua telah mendapat "durian runtuh" ekoran pengumuman dan kejutan itu tadi.Ramai yang mengucapkan tahniah.Kumpulan unggas terpingga-pingga.Kelu lidah untuk berkata-kata.Sedih dan ngilu berkarat dalam hati.

Sukar untuk mereka katakan bahawa kejutan memang telah berlaku dan isi pengumuman itu memang mengejutkan. Kejutannya ialah, hanya empat yang teratas dalam susunan hirarki pengurusan rimba sahaja yang mendapat laba dan durian runtuh dan bukannya ribuan unggas dan mergasatwa yang menunggu-nunggu itu.Kelompok unggas dan mergasatwa biasa tidak layak biarpun merekalah sebenarnya yang memakmurkan dan menjalankan semua kerja di Rimba Atap Langit ini.

Durian runtuh itu hanya melibatkan gajah, singa,harimau dan tedung senduk.Kumpulan yang empat itu tersenyum lebar kerana "kegahan" mereka bertambah besar dari yang sebelum ini. Sebelum ini kumpulan mereka memang telah dilimpahi keistimewaan, dan sekarang keistimewaan itu ditambah lagi. Tentu sahaja mereka sangat berpuas hati dan tak putus-putus mengucapkan syukur dan memuji-muji tindakan tersebut.

Lain pula halnya dengan unggas dan mergasatwa yang lain.Khabar yang pecah dan dicanang-canangkan itu untuk menunjukkan kepada warga rimba yang kurang tahu bahawa semua unggas dan mergasatwa telah mendapat "durian runtuh" itu. Kemudian, di tengah-tengah rasa bingung itu, datanglah seekor marsupial kecil yang mengoyang-goyangkan ekornya dan berkata,"Lain kali wahai sahabat semua, janganlah berani-berani kamu menyulam harap, kalau tak jadi bernanah di dada"
petikan daripada sahabat facebook.

Wednesday, May 4, 2011

RAPAT 1MALAYSIA: TRANSFORMASI PENDIDIKAN


Pagi tadi diarahkan ke Intekma Resort Uitm Shah Alam.Hanya untuk meramaikan program Rapat 1Malaysia: Transformasi Pendidikan peringkat negeri selangor. Dalam hati dah terpikir mesti boring giler ni.maklum la dengar ceramah jer.mesti mata pun mengantuk. Tapi ahli panelnya jenis yang bukan stereotaip. so, takde la boring sangat.

Prof. Emiratus Tan Sri Khoo Kay Kim antara ahli panel yang dijemput. Merupakan seorang tokoh dalam bidang sejarah. Daripada ceramah beliau baru la sedar betapa jahilnya diri tentang sejarah negara sendiri. Malahan apa terkandung dalam buku teks sejarah sekolah menengah pun ada yang tidak benarnya.

Beliau mengimbau sejarah negara kita yang mana bagi golongan sekarang hanya diketahui daripada buku teks sahaja.Jauh sekali untuk membelek buku-buku ilmiah lain yang ada di pasaran.(aku pun sama kot)

Tapi secara halus sebenarnya program macam ni menjadikan golongan cikgu sebagai perantara agenda kerajaan. Cikgu orang yang paling rapat, paling sesuai untuk membentuk kanak-kanak. Sebab tu la ada cikgu yang tak berapa puas hati tadi. Setiap kali ada pembaharuan, maka makin bertambahlah tugas mereka. Dari hari ke hari kerja makin bertambah.Beban makin bertambah. Penat jerih sang guru jarang sekali diuar-uarkan.Apatah lagi nak diiktiraf.

Dalam paper pun kalau pasal cerita guru rotan murid,pukul murid, mesti seantero tahu.Berhari-hari,berminggu-minggu sebut benda yang sama.

Moralnyer...Terima lah seadanya.Buat keje ngan ikhlas.Nanti ada balasan DISANA...

Saturday, January 29, 2011

Sekadar Renungan Insan Bernama GURU

Antara bait sajak The Prophet oleh pemikir Parsi, Khalil Gibran

Anakmu bukan anakmu
Mereka adalah anak-anak
kehidupan yang ingin hidup
Mereka datang melaluimu
bukan darimu
Walaupun bersamamu
mereka bukan milikmu
Berikan mereka kasih,
tetapi bukan pemikiranmu
Kerana...
mereka mempunyai pemikiran
mereka sendiri...

Friday, January 28, 2011

Kontrak 1,614 GSTT di sambung


KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menyambung kontrak 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negara yang telah tamat tempoh pada 31 Disember lalu.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kesemua GSTT yang akan disambung kontrak itu adalah terdiri daripada guru sandaran yang terpilih memenuhi syarat utama kelayakan iaitu berpengalaman bertugas selama tiga tahun berturut-turut.

Menurutnya, syarat lain yang perlu dipenuhi ialah bersedia untuk ditukarkan ke sekolah lain.

"Kami telah menjalankan proses saringan dan mendapati 1,614 GSTT yang terdiri daripada 338 guru sandaran sekolah rendah dan 1,276 dari sekolah menengah memenuhi syarat tersebut. Jadi kami mengambil keputusan untuk menyambung kontrak mereka.

"Untuk tujuan itu, kementerian telah mengarahkan jabatan pelajaran di setiap negeri supaya mengambil semula guru-guru sandaran ini dengan segera dan berharap mereka akan mendapat surat tawaran dalam masa terdekat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini GSTT yang masih belum disambung kontrak setelah ia tamat tempoh pada 31 Disember lalu.

Sementara itu, berhubung permintaan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) supaya GSTT yang berpengalaman lebih tiga tahun diberi keutamaan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan guru (IPG), Puad berkata, keutamaan sememangnya telah diberikan kepada golongan tersebut.

Bagaimanapun katanya, tidak semua guru sandaran itu boleh melanjutkan pengajian ke IPG kerana kebanyakannya tidak memenuhi syarat bidang pengkhususan dalam pendidikan di sekolah.

"Kami memberi keutamaan. Sebab itu wujudnya Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC) tetapi masalahnya ialah kebanyakan guru sandaran ini tidak memenuhi syarat pengkhususan dalam mata pelajaran di sekolah.

"Sebagai contoh, guru sandaran yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan sukar untuk dipilih ke IPG berbanding mereka yang mempunyai kelulusan di dalam bidang bahasa dan sejarah kerana kurang pengkhususan terhadap bidang tersebut di sekolah,'' jelasnya.

YGMB prihatin kebajikan guru


Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyediakan kemudahan mendaftar keahlian secara atas talian bagi memudahkan urusan ahli-ahli barunya.

Laman www.ygmb.com.my itu turut menyediakan maklumat lengkap mengenai YGMB, Koperasi YGMB dan faedah-faedah serta kemudahan yang disediakan kepada ahlinya.

Sehingga kini hanya terdapat 129,124 keahlian daripada jumlah keseluruhan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara di mana 77,132 merupakan ahli seumur hidup dan 51,992 ahli biasa.

Dengan sasaran sebanyak 100,000 ahli baru menjelang pertengahan tahun ini, YGMB berhasrat untuk berkembang agar mampu setanding dengan Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dan Koperasi Polis.

Dengan sumbangan dana sebanyak RM10 juta oleh kerajaan, YGMB yakin untuk memberikan perkhidmatan kebajikan serta faedah-faedah terbaik kepada ahli-ahlinya.

Antara sumbangan kebajikan melalui produk baru ialah meningkatkan jumlah sumbangan khairat kematian, melanjutkan pelajaran, perubatan, kemalangan, malapetaka, perkahwinan, persaraan dan melahirkan anak.

YGMB turut merancang untuk menyediakan kemudahan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) serta Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kepada ahli-ahlinya.

YGMB juga berhasrat untuk menubuhkan kolej universiti dan pusat tuisyen, membina projek perumahan untuk ahli dan membeli bangunan serta tanah pertanian.

Selain guru, keahlian YGMB turut dibuka kepada semua pegawai perkhidmatan pelajaran, kakitangan Kementerian Pelajaran (KPM), pesara guru dan ahli bersekutu (kakitangan YGMB).

Faedah serta sumbangan ini mampu dinikmati oleh setiap ahlinya dengan hanya membayar yuran bulanan keahlian YGMB sebanyak RM10.

Yuran bagi keanggotaan Koperasi YGMB pula adalah RM35 setiap bulan. Namun, yuran bulanan Koperasi YGMB ini akan dipulangkan semula apabila anggotanya bersara kelak.

Sumbangan yang bakal dinikmati oleh ahli YGMB dan koperasi YGMB adalah berbeza. Oleh sebab itu, jika ahli YGMB turut mendaftar sebagai anggota Koperasi YGMB, mereka akan mendapat faedah bagi kedua-dua badan tersebut.

Sumbangan yang disediakan oleh YGMB kesemuanya berjumlah RM7,300. Manakala Faedah yang bakal dinikmati oleh anggota Koperasi YGMB pula adalah pinjaman hartanah, pinjaman khas, pinjaman pelajaran, pinjaman biasa, pinjaman umrah dan pelancongan.

Koperasi YGMB juga menyediakan sumbangan kebajikan kepada anggotanya seperti khairat kematian, dermasiswa, bantuan kemalangan dan bantuan bencana alam yang kesemuanya bernilai RM5,100.

Dengan fungsi utamanya sebagai penyedia kredit, Koperasi YGMB juga bersedia melunaskan pinjaman bank ahli-ahlinya. Mereka perlu membayar semula pinjaman tersebut kepada koperasi yang menawarkan faedah jauh lebih murah.

Thursday, January 27, 2011

Kuasa Motivasi



MOTIVASI adalah semangat yang tinggi dalam diri sendiri bagi mencapai sesuatu yang menjadi ukuran dan sasaran dalam hidup seseorang.

Tercetusnya motivasi dalam diri akan membuatkan seseorang itu bekerja keras untuk mencapai apa saja matlamat yang disasarkan.

Walaupun pada awalnya perancangan itu agak sukar dilaksanakan namun berkat usaha dan motivasi yang ‘mendesak’ pasti saja setiap kejayaan tidak mustahil untuk digapai.

Ternyata pengulangan kata-kata positif secara berterusan mampu untuk mempengaruhi minda bawah sedar menuju jalan penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi. Apabila sudah mendapat suntikan motivasi yang tinggi barulah setiap perkara itu mudah untuk disempurnakan.

Bagi mengukuhkan keinginan itu setiap orang perlu memasang impian yang lahir dari dalam diri.
Renung-renungkan dan selamat beramal... sering kita dengar ungkapan itu daripada mulut penceramah motivasi terkenal, Prof Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof Izzi.

udah-udah ler tu...


Sebaiknya sebelum sesuatu keputusan, alasan yang dibuat seharusnya difikirkan terlebih dahulu dengan akal yang waras. Dengan akal budi yang melampaui perasaan dengki, dendam, kepentingan individu yang akhirnya menampakkan kejelekan si pembuat onar yang memukul canang seceruk kampung.Natijahnya, masing-masing memalingkan muka kerana telah terbitnya bibit kebencian.
Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi...(tumpang ayat melodi jap)

Mengapa selepas 40 tahun?


Setelah 40 tahun berlalu, mengapa baru sekarang timbulnya ketidakpuasan di hati mereka tentang kisah sejarah yang dipaparkan dalam novel tersebut? Apakah ada agenda yang mereka perjuangan di sebalik kemelut yang ditimbulkan ini? Disebabkan politik, bidang pendidikan turut menjadi mangsa demi pangkat dan gelaran yang dikejar.

Dari segi spiritual pula, Interlok adalah satira perpaduan kerana dapat dilihat betapa tiga bangsa Melalui watak Pak Musa, Cing Huat dan Maniam, bersusah payah membina satu perpaduan untuk negara bangsa yang membangun.

Inilah simbolik dalam Interlok dan apa yang kita lihat hari ini dalam Malaysia ialah unsur perpaduan. Tanpanya tidak akan ada Malaysia hari ini. Kaum India sepatutnya berterima kasih kepada Abdullah.

Pengarang dalam Interlok mengisahkan susur galur bangsa yang dianggap paling rendah di India, tetapi datang ke Tanah Melayu sehingga menjadi suku kaum yang kuat dari segi politik sehingga ada yang menjadi jutawan dan menteri.

Kita sepatutnya bersyukur dan soal sensitiviti tidak timbul sebab apa yang dicoretkan pengarang ada dalam sejarah dan apakah kita boleh menafikan sejarah. Mengapa kita tidak melihat Interlok sebagai satu hakikat dan jangan dipolitikkan

Masalah tidak sepatutnya timbul. Mengapa selepas berada dalam tamadun yang kuat dalam konteks perpaduan, kita mahu melupakan sejarah? Mengapa mesti sejarah kaum Cina dan India bersusah payah datang ke Tanah Melayu serta menjadi bangsa yang berjaya, ia mahu dilupakan?

Thursday, January 20, 2011

Pelangi : Biar Ku Menjadi Lilin (HQ Audio)

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

p/s: khas untuk insan yang bergelar GURU

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...