Dipetik dari kelapamawar.blogspot.com
Artikel ini ditulis untuk bangsa saya, untuk saudara2 kita di Sabah yg 
sedang hebat diracun dengan perpecahan ia juga ditulis untuk para 
pejuang Islam Melayu Moro dan pasukan komando kita yg sentiasa mendapat 
tempat di hati saya.
Ini merupakan kali pertama dalam 
sejarah, operasi penuh getir angkatan tentera kita yg tidak diketahui 
umum diceritakan penuh detail oleh Shahpaskal. (Google tak akan jumpa 
punya).
Saya fikir sudah sampai masanya artikel ini ditulis, 
tambah lagi, saya lihat elemen2 untuk menghasut rakyat Sabah dan Sarawak
 semakin kencang bertiup dalam internet termasuk Facebook. Saya kesal 
kerana petualang2 ini masih berleluasa dan saya harap kerajaan bertindak
 sekeras2nya terhadapa elemen ini.
Artikel ini juga ditulis 
untuk menyedarkan generasi muda Sabah punca2 kepada suara2 hasutan ini 
berarak dalam dunia siber dan banyak lagi pendedahan akan menyusul 
selepas ini, Insya Allah.
1. Apabila Persekutuan Tanah Melayu
 merdeka pada tahun 1957, dunia antarabangsa berkata sesama sendiri 
bahawa negara ini akan musnah dan terjerumus dalam konflik berdarah 
akibat rasnya terbahagi kepada tiga iaitu Melayu, Cina, India serta 
bumiputra yg lain.
2. Tidak ada negara dalam dunia yg akan 
kekal aman apabila kaum2 minoriti ini dari segi bilangan mengampiri 
jumlah kaum majoriti dan kuasa ekonomi pula dikuasai oleh bukan anak 
bangsa.
3. Sri Lanka juga merdeka dalam tempoh yg sama, 
negara pulau ini akan berjaya kerana masyarakatnya Sinhalese dan Tamil 
berkongsi jurai keturunan yg sama – itulah kata mereka (Sri Langka 
kemudian terjerumus dalam kancah perang perkauman selama berpuluh tahun)
4. Di Selatan Filiphina, bangsa Melayu yg dikenali sebagai orang Moro tersepit dan dijarah dengan penjajahan budaya serta agama.
5.
 Dihimpit dari pelbagai arah, akhirnya orang2 Melayu Moro ini bangkit 
dengan kekuatan senjata, menentang ketidakadilan dan berjuang dengan 
titisan air mata dan darah untuk “survival” bangsa, budaya dan agama.
6.
 Pelbagai doktrin kejam dikenakan ke atas mereka tetapi akhirnya impian 
mereka menjadi nyata apabila kerajaan Filiphina dan MILF digandingkan 
oleh para pemimpin kita seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun 
Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bertemu untuk 
berdamai.
7. Berbalik kepada Persekutuan Tanah Melayu, 
akhirnya catur yg mereka (kuasa besar) mainkan gagal, dengan izin Allah,
 Persekutuan Tanah Melayu terus wujud aman dan negeri2 jiran yg berada 
di bawah naungan British, mahu masuk ke dalam persekutuan itu apabila 
dikhabarkan sebuah negara baru akan terbentuk iaitu MALAYSIA.
8.
 Minat Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah yg mahu memasuki Malaysia 
seolah2 tidak dapat dipercayai oleh negara jiran lain seperti Filiphina 
dan Indonesia.
9. Sarawak, Sabah dan Brunei yg berada jauh 
dari kuasa pusat iaitu Kuala Lumpur seharusnya berada di bawah Indonesia
 ataupun Filiphina.
10.Sekarang dunia menggosok mata apabila 
akan muncul sebuah lagi negara baru, Filiphina dan Indonesia yg 
merupakan “key player” di rantau ini menjadi kelam kabut, laungan 
peperangan dan permusuhan mula dipalu dan menuduh bahawa Malaysia ini 
merupakan sebahagian dari permainan imperialis penjajah.
11.Indonesia yg mana presidennya sedang dipengaruhi komunis mula melancarkan konfrontasi.
12.Konfrontasi
 perang yg kononnya dibuat untuk menghalau penjajah Inggeris dari bumi 
Sarawak dan Sabah akhirnya ditumpukan pula ke atas orang2 Melayu sendiri
 di Semenanjung Malaysia melalui pendaratan askar payung terjung 
Indonesia ke Labis, Johor tetapi mereka kesemua habis ditangkap atau 
dibunuh oleh askar2 Melayu ketika itu.
13.Askar2 Melayu yg 
sedang berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di 
Kongo, Afrika terpaksa dipanggil balik ke tanahair untuk mempertahankan 
ibu pertiwi.
14.Secara amnya, kuasa tentera termasuk askar 
Melayu dan pasukan tentera British, Australia yg berada di Sarawak dan 
Sabah tidak mencukupi untuk mempertahankan negara baru ini dari serangan
 Indonesia yg ketika itu merupakan satu kuasa yg cukup besar di Asia 
Tenggara.
15.Dengan izin Allah sekali lagi, askar2 Melayu ini
 berjaya menghalau kebanyakkan tentera Indonesia dan gerilanya, sejarah 
dunia mengiktiraf kejayaan askar2 Melayu ini menewaskan Indonesia.
16.Presiden
 Soekarno akhirnya diguling dan Indonesia kemudian bergolak pada 
peringkat dalaman, pertumpahan darah terjadi di antara mereka, jutaan 
rakyat pro komunis kemudian diburu dan disembelih oleh pihak tentera dan
 rakyat yang pro kepada ABRI.
SABAH DENGAN CINTA TIGA SEGINYA
17.Indonesia sudah cedera parah dan hampir K.O.
18.Kini
 Filiphina mencuba nasib, apabila Indonesia melancarkan perang, 
Filiphina tidak mengangkat muncung senjatanya ke arah Malaysia, 
Filiphina hanya berani memutuskan hubungan diplomatik.
19.Menjelang
 hujung 60an, askar2 Inggeris yg berada di Sarawak dan Sabah juga sudah 
beransur kurang dan negara baru Malaysia pula sedang bergelut dengan 
ancaman komunis termasuk di kawasan sempadan Kalimantan.
20.Filiphina tahu bahawa sejarah Sabah mempunyai kaitan dengan Kesultanan Sulu.
21.Negara itu berada dibawah seorang presiden yg berkaliber dan bercita-cita tinggi iaitu Ferdinand Marcos.
22.Beliau
 mahu mendapatkan Sabah yg kaya dengan pembalakkan tetapi kekurangan 
kekuatan angkatan tenteranya merupakan faktor penghalang.
23.Dengan
 mengambil kira kelemahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 
kedudukan Kuala Lumpur yg agak jauh, pihak presiden merangka satu 
operasi sulit yg paling rahsia dalam sejarah Filiphina. 
OPERASI MERDEKA : SABAH HARUS DIRAMPAS
24.Misi rahsia ini diberi gelar kod sebagai “OPERASI MERDEKA”.
25.Marcos
 kemudian memujuk seramai 300 pemuda dari anak bangsa Melayu Moro untuk 
dilatih sebagai pasukan khas dan akan melaksanakan tugas2 sabotaj serta 
clandestine di Sabah termasuk dengan tujuan untuk menyemarakkan api 
permusuhan di antara rakyat Sabah ke atas kerajaan persekutuan di Kuala 
Lumpur.
26.Mereka semua dilatih di sebuah kem khas di Pulau 
Corregidor, Filiphina dan Marcos menyangka para anak bangsa Melayu Moro 
ini akan gelap mata dengan kisah2 dogeng bahawa kegemilangan kesultanan 
bangsa mereka akan berjaya ditegakkan di Sabah.
27.Siang 
malam para pemuda ini dilatih dan pemikiran mereka didoktrinkan dengan 
kebencian ke atas Malaysia serta kegemilangan bangsa Melayu Moro jika 
Sabah berjaya ditawan.
28.Sehinggalah pada satu malam…………
29.Segalanya
 terjadi dengan izin Allah, yg mengasihani kita semua dan mahu 
memelihara negara ini dari segala api kebencian kerana sudah tertulis, 
negara ini akan muncul untuk membantu banyak bangsa dan umat Islam yg 
teranianya dari Bosnia sampailah ke Rohingya, sudah tertulis bahawa 
tanah2 milik Melayu ini akan memberi perlindungan kepada mereka yg 
dizalimi.
30.Para pejuang ini menyedari bahawa ada sesuatu yg
 tidak kena apabila memikirkan tidak ada satu titis noda dosa pun yg 
ditimpakan oleh para saudara mereka di Sabah, khususnya Malaysia ke atas
 orang2 Melayu Moro ini.
31.Mengapa perlu sebab mereka menentang dan membunuh saudara2 Islam dan sebangsa mereka di negara baru ini iaitu Malaysia.
32.Mereka
 kemudian nekad untuk balik ke kampung halaman masing2 di Mindanao 
walaupun mendapat tentangan dari jurulatih dan komander Filiphina 
mereka.
33.Pasukan komando dan tentera Filiphina kemudian 
memburu mereka, dengan senjata terhunus, peluru2 tidak bermata ini 
menembusi tubuh2 pejuang bangsa Moro tadi, gugurlah mereka syahid di 
tanahair sendiri.
34.Hujan turun lebat pada malam itu, 
membawa aliran darah yg tersimbah untuk mencuci bumi dan menghilangkan 
tangisan air mata dari para pejuang yang tidak putus2 menyebut kalimah 
“La Ilah Ha Il Allah” di saat2 menahan peri penderitaan dan kesakitan 
akibat tubuh dan nyawa yg sedang nazak untuk ditarik Malaikat Maut.
35.Akhirnya
 299 pejuang yg berani itu gugur syahid dalam peristiwa hitam yg 
dikenali sebagai “Pembunuhan beramai2 Jabidah” yg berlaku pada tahun 
1968. 
Pejuang Moro, adakah anda tahu bahawa sayap pertempuran dan politik mereka ditubuhkan di bumi Malaysia???
36.Musuh-musuh
 dan para pembunuh ini fikir mereka mungkin mampu menyembunyikan dosa 
hitam mereka tetapi mereka tidak menyedari, seorang dari mangsa 
pembunuhan berama2 ini berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan cedera 
parah untuk balik ke kampungnya.
37.Habis dipanggil seluruh 
kampung dan masyarakat serta orang2 tua, para ustaz dan ulamak bangsa 
Melayu Moro berkenaan untuk mengetahui pembunuhan dan sembelihan 
beramai-ramai 299 pejuang mereka yg ditipu oleh tentera Marcos.
38.Akibat
 dari kejadian ini, masyarakat Islam dan Melayu Moro bangkit dengan 
sejata dan pada zaman itu, Moro National Liberation Front (MNLF) 
ditubuhkan di lokasi yg dirahsiakan di Malaysia.
39.MNLF kemudian diganti dengan Moro National Liberation Front (MILF).
MALAYSIA STRIKES BACK
40.Tahun
 1981, Tun Mahathir Mohamad mula berkuasa sebagai Perdana Menteri 
Malaysia menggantikan Allahyarham Tun Hussein yg meletak jawatan.
41.Tun
 tahu bahawa para pejuang Moro ini sudah lama meminta bantuan Malaysia 
dan Tun tahu, Tun Abdul Razak (ayah Najib) sudah menjalinkan hubungan yg
 istimewa dengan para pejuang Moro ini.
42.Tidak ada tempat 
lain untuk para pejuang yg teranianya ini untuk mengadu nasib dan 
meminta perlindungan, latihan serta senjata kecuali kepada saudara2 
mereka yg berada dalam Malaysia ini.
43.Bantuan yg dihulurkan
 oleh kerajaan Malaysia terus diberi tetapi harus dirahsiakan kerana ini
 akan menjejaskan hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dengan 
Manila malah jika ia bocor, ia akan memberikan imej yg kurang 
menyenangkan mengenai negara ini di mata dunia.
44.Rakyat 
tidak ramai yg mengetahui kisah ini dan saya seringkali merasa sedih 
kerana ramai rakyat mudah memperlekehkan pemimpin sendiri, negara 
sendiri dan angkatan tentera kita.
45.Di bawah Mahathir, 
hubungan kerajaan Malaysia diteruskan untuk membantu para pejuang Moro 
dan pada malam dingin, bot2 laju milik komando Malaysia bergerak 
membelah ombak dan mengharungi pekat malam dengan berpandukan bintang di
 langit untuk menghantar bekalan senjata dan peluru kepada saudara2 
mereka di Mindanao dan pulau2 di sekitarnya.
46.Para pejuang 
dan para komander mereka di bawa balik ke Semenanjung Malaysia untuk 
dilatih di kem2 rahsia milik tentera dengan taktik peperangan gerila yg 
baru sahaja membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menundukkan ancaman
 pengganas komunis.
47.Ya saudara2, Amerika Syarikat (AS), 
Peranchis dan banyak lagi negara tersungkur di bawah kaki komunis, 
tetapi Malaysia, kita menjadi satu2nya negara yg berjaya menewaskan para
 petualang tanahair ini.
48.Anak isteri tidak tahu ke mana 
suami2 mereka bermalam, ayah dan ibu tidak tahu ke mana anak2 mereka ini
 bermain sebagai anggota tentera.
49.Para komando ini tahu, 
jika tertangkap, mayat mereka akan berkubur di laut atau ditanam di 
tanah bumi asing tanpa sebarang kibaran bendera, tanpa sebarang tanda 
kecuali tangisan isteri dan anak2 yg bakal kehilangan suami serta bapa2 
mereka dengan alasan yg mampu diterima akal.
50.Amanah negara harus dipegang….saudara Islam yg teranianya harus dibantu.
51.Tun
 juga tahu dari maklumat yg disampaikan oleh para pejuang Islam Melayu 
Moro ini, bahawa Filiphina masih mahu menuntut Sabah dan mempunyai bukti
 serta dokumen2 yg kukuh untuk mendapatkan Sabah hasil dokumentasi yg 
diperolehi apabila kesultanan Sulu berjanji dengan Syarikat Hindia Timur
 dulu.
OPERASI SABAH SELAMANYA
52.Tun Mahathir 
kemudian memanggil komander2 komando ini untuk memberikan amanat penting
 demi untuk menyelamat negara dari terjebak ke dalam satu kancah yg akan
 memberikan impak besar kepada penubuhan Malaysia.
51.Perdana
 Menteri itu sudah mendapat tahu dokumen mengenai Sabah dari Kesultanan 
Sulu wujud dan ia perlu diambil, apa sekali pun, operasi itu dikenali 
sebagai OPERASI SABAH SELAMANYA
52.Operatif2 dan agen rahsia 
Malaysia sudah pun berada di Manila untuk mencari dokumen tersebut dan 
melalui tawaran rasuah ratusan ribu dollar AS, dokumen tersebut yg 
tersimpan rapi dalam Istana Presiden iaitu Istana Malacanang, Manila 
berjaya di bawa keluar oleh para pengkhianat Filiphina.
53.Sekarang
 Tun Mahathir mengarahkan komando2 ini untuk berjumpa dengan kontek dan 
membawa keluar dokumen tersebut dengan selamat.
54.Maka 
pasukan komando menghantar 7 orang anggota terbaik pada zaman itu ke 
Manila untuk membuat hubungan dan menyelamatkan dokumen tersebut, mereka
 semua sudah berlatih dalam model istana tiruan Malacanang yg dibina 
khas untuk tujuan penetrasi di Pahang.
55.Kehadiran komando 
ini dibuat melalui jalan laut dengan bantuan para pejuang Moro kerana 
kedatangan secara rasmi sebagai pelawat akan mendedahkan komplot 
tersebut.
56.Dokumen bertukar tangan tetapi tanpa disedari, 
malangnya, pasukan khas Filiphina sebenarnya sudah mula menghidu 
rancangan rahsia ini.
57.Para komando Malaysia itu terperangkap.
58.Tujuh lelaki Melayu yg gagah berani terpaksa lawan puluhan mungkin ratusan komando dan para pengawal Istana Presiden.
59.Peluru
 berganti…tembakan bertalu2 dilepaskan…jerit pekik dan kekalutan 
berlaku, trafik dari saluran keselamatan tentera Filiphina tiba2 menjadi
 kelam-kabut dan penuh aktiviti.
60.Pihak perisikan ATM yg 
memantau saluran radio tentera Filiphina mula berasa tidak kena, jantung
 mereka berdengup kencang kerana nasib negara bergantung kepada tujuh 
lelaki Melayu tadi.
61.Segala2nya menjadi sengal, tiba2 
keadaan yg pada mulanya berpihak kepada negara kita kini hampir 
berpusing 360 darjah apabila para komando Malaysia yg gagah berani ini 
terkepung.
62.Masa hadapan negara kita benar2 “TERGANTUNG” dalam keadaan yg sangat bahaya dan kritikal jika para komando ini tertangkap.
63.Bekalan peluru yg sangat sedikit tidak memungkinkan para komando Melayu ini membuat perhitungan yg lebih jauh.
64.Dengan
 segenap tenaga yg ada dan dengan izin Allah juga, para komando kita 
berjaya menyelamat diri dan seterusnya membawa pulang dokumen yg sangat2
 penting untuk kestabilan Malaysia.
65.Sebelas orang yg 
terdiri dari pengawal Istana Presiden dan komando Filiphina terkorban 
dalam insiden yg berlaku sekitar tahun 1980an itu.
SENGKETA YANG LAMA AKHIRNYA PUDAR
66.Kejayaan
 ini Malaysia menyelamatkan dirinya dari malu besar disambut secara 
kecil2an dikalangan orang2 kepercayaan pihak tentera dan Perdana 
Menteri.
67.Filiphina berterusan menuntut Sabah sehingga ke 
hari ini tetapi ibarat ayam berkokok, kokoknya dipandang sinis, sehingga
 sekarang negara itu tetap menjalankan perang sarafnya tetapi ini episod
 lain yg akan saya cerita kemudian hari.
68.Ferdinand Marcos 
kemudian diguling rakyat selepas beliau terlibat dalam pembunuhan 
seorang ahli politik Filiphina iaitu Benigno Aquino dan beliau serta 
isterinya melarikan diri ke AS.
69.Presiden yg kejam itu akhirnya mati dalam buangan pada 28 September 1989 di Hawai, AS.
70.Segalanya
 hampir selesai, kini masalah Sabah sudah diselesaikan dan Filiphina 
pula terus dihantui oleh serangan siang malam para pejuang Islam Moro 
Filiphina.
71.Kerajaan Melayu Islam di Kuala Lumpur pula 
tidak pernah melupakan penderitaan saudara2 mereka di Mindanao, usaha 
damai dirintis malahan, kerajaan Malaysia tidak lokek untuk menghantar 
askar2 ke Selatan Filiphina untuk memastikan kedamaian wujud, walaupun 
penghantaran ini tidak mendapat tajaan dari PBB.
72.Perdana 
Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak pula, beberapa kali mengarahkan 
Zahid Hamidi untuk bertemu dengan para pejuang dan juga kerajaan 
Filiphina untuk mengukir damai.
73.Sudah terlalu lama, umat 
Islam Moro ini menderita api peperangan dan penderitaan, beratus tahun 
mereka berjuang menentang penjajahan Sepanyol, kemudian AS dan pada 
sejarah moden, terpaksa menentang kerajaan sendiri yang menzalimi mereka
 dengan penganiayaan dan pembunuhan beramai2.
74.Akhirnya, 
melalui usaha kerajaan dan para pemimpin Melayu Malaysia, kedua2 pihak 
yg sudah bertelagah lebih dari 30 tahun itu akhirnya duduk semeja 
menandatangani rangka perjanjian yg akan membawa pemerintahan 
berautonomi di Selatan Filiphina.
75.Perdana Menteri Datuk 
Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Filiphina Benigno Aquino III 
melihat perjanjian bersejarah itu termeterai pada 15 Okt 2012 di Manila.
76.Benigno Aquino III pula adalah anak kepada ahli politik yg telah dibunuh oleh Marcos yg saya ceritakan pada para ke 66 tadi.
77.Najib
 tersenyum kesyukuran kerana bantuan yg mulakan oleh ayahnya dengan 
membenarkan para pejuang Moro membentuk MNLF di bumi Malaysia akhirnya 
terhasil.
78.Wilayah autonomi itu akan dikenali sebagai tanah BANGSAMORO.
79.Akhirnya
 ayat ini, mailah kita sedekahkan Al Fatihah kepada 299 pejuang Islam 
Moro yg syahid itu tadi serta kepada tujuh komando kita itu, syabas, 
kalian benar2 pejuang negara.
sumber:http://harapan-esok.blogspot.com/2013/02/black-ops-operasi-sabah-selamanya.html