SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...
Showing posts with label pantun. Show all posts
Showing posts with label pantun. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

merisik si dia


Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melilit si kayu jati,
Bukan datang sebarang datang,
Datang membawa hajat di hati..

#Ada idea? Sila tambah lagi di bahagian komen.

PANTUN MERDEKA

MEREDAH SASA BUMI MELAKA,
AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN
INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA,
TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN.

BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.

RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,
DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.

AWAN TENANG BERSERI HIASAN,
KEDIDI DI HUTAN RIUH BELAKA;
PAHLAWAN DIKENANG WATAN WARISAN,
MENJADI IKUTAN RAKYAT MERDEKA.

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

REMAJA KINI MENJULANG NUSA,
BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN;
MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,
DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.

CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,
GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;
ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,
NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

Sumber: http://joharshuib.blogspot.com

pantun lapan kerat

Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Bekejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Bagus rupanya bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.

Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tuan saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.

Sumber:
Permatang Budi,1991.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sunday, January 30, 2011

Kelantan Juara Piala Sumbangsih



KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Kelantan membuka tirai bola sepak Liga Super musim 2011 dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam Sabtu malam.

Ini merupakan hadiah buat jurulatih baru, Datuk M. Karathu yang baru beberapa hari melatih skuad The Red Warriors kurang apabila jurulatih sebelumnya, B. Sathianathan digantung enam bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kelantan bermula garang seawal minit pertama dengan asakan merbahaya ke gawang tuan rumah apabila diberi sepakan percuma namun tidak menepati sasaran pintu gawang.

Anak buah M. Karathu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas diberi sepakan penalti apabila pemain Selangor, Razman Roslan dilayangkan kad kuning pertama kerana mengasari pemain Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya pada seawal minit ke-7.

Pemain terbaik musim lepas, Norshahrul Idlan Talaha yang mengambil sepakan penalti mudah menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd Iqbal Mohd Suhimi.

Pada babak kedua, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengasak kubu lawan namun buntu mencari jaringan.

Perlawanan separuh masa kedua sedikit terencat apabila pengadil perlawanan Yusuf Karim terpaksa memberhentikan perlawanan kira-kira lima minit apabila kedua-dua penyokong membaling objek dan mercun ke dalam padang.

Sejurus perlawanan bersambung pasukan The Red Warriors sekali lagi membolosi gawang gol Selangor apabila sepakan percuma yang diambil oleh Mohd Badhri Md Radzi tepat ke sasaran pada minit ke-82.

Tersentak daripada jaringan itu, Selangor mula bangkit pada saat akhir mengasak benteng pertahanan Kelantan namun kemenangan tetap berpihak kepada Kelantan.

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat muncul sebagai pemain terbaik perlawanan Piala Sumbangsih.

Perlawanan Sumbangsih itu turut disaksikan dua Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.

Saturday, January 29, 2011

KITA JUARA!



Alhamdulillah...Kalimah itu yang menggambarkan syukurnya di atas kejayaan TRW menumbangkan Red Giant sekaligus menggenggam Piala Sumbangsih buat pertama kalinya. Aku sedikit teruja dengan kejayaan itu walaupun hanya sekadar menonton depan tv.

Kemenangan 2-0 kelantan ke atas selangor sedikit sebanyak mengubat luka-luka yang diperlakukan oleh pihak-pihak tertentu sebelum mulanya sepak mula untuk musim 2011. Kita balas kritikan,cemuhan,iri hati dan dendam mereka dengan kemenangan yang diperolehi dalam setiap perlawanan. Rasanya makin la bertambah iri hati mereka kan.Biarkan mereka makin sakit ati. Juga biarkan labu dengan labinya...

Tapi aku rasa sedikit kecewa dengan sikap penyokong yang masih lagi tak faham-faham dengan peraturan. Segelintir terus dengan sikap semborono (pinjam jawa jap) membaling mercun ke dalam padang. Kalau tak kena tangkap kira selamat la.Tapi kalau kena tangkap,baru padan muka! Nanti tak pasal-pasal KAFA kena denda lagi. Udah-udah ler tuh.Insaf la korang-korang yang masih ada minda kelas ketiga (pinjam kata-kata rizal hashim pulok).

Pemain baru bagi musim 2011 nampaknya sudah mempunyai persefahaman yang baik dengan pemain-pemain lama. Persembahan Azwan roya berjaya memikat penonton dengan larian-larian kencang dan mengumpan bola kepada Shahrul Idlan. Solihin (K.Soley) juga mampu mengucar-kacirkan pertahanan Selangor melalui kepantasan lariannya.

Sebelum perlawanan ini bermula, dalam hati aku sebenarnya ada sedikit keraguan tentang kemampuan Kelantan memenangi perlawanan ini. Setelah ketiadaan beberapa tonggak penting yang menjulang Piala Malaysia tahun lepas, aku rasakan pasukan sedikit longgar. Defend, midfield dan juga penyudah. Tapi perancanaan yang dibuat Abe Ya (Sathianathan la) mampu menutup kelemahan tersebut. Pemain dapat mengawal posisi masing-masing dengan berkesan sekali.

Akhir kata, perjuangan baru bermula. Ayuh kita sama-sama memberikan sokongan yang penuh kepada TRW. Pemain ke-12 amat penting dalam membantu kemenangan TRW.
GKG...

Wednesday, January 26, 2011

AZRAI DIINTAI KELANTAN


KUALA LUMPUR – Bekas jurulatih Harimau Muda dan Kedah, Azraai Khor Abdullah memberitahu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ada bertanya kepadanya sama ada berminat memikul tanggungjawab sebagai jurulatih Kelantan pada musim ini.

Menurutnya, menerusi perbualan telefon, Annuar ada bertanyakan sama ada dia berminat mengendalikan skuad Kelantan pada musim hadapan sekiranya B. Sathianathan kekal digantung selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

”Tan Sri (Annuar Musa) ada hubungi saya pada petang tadi (semalam), dia ada tanya pada saya berminat atau tidak melatih Kelantan jika diberikan peluang.

”Terus-terang saya berkata InsyaAllah, saya bersedia dan tiada sebarang masalah jika Tan Sri mahu saya melatih Kelantan. Saya memang berminat.

*diharapkan coach yang bakal menggantikan sathianathan mampu menjulang kelantan merangkul piala untuk musim ini. Biarpun team kelantan sering di dianaktirikan tetapi kita membalasnya dengan mengekalkan milik kita piala malaysia,liga super,sumbangsih dan piala fa.

KELANTAN KENA LAGI


BELUM pun saingan Liga Malaysia musim ini membuka tirainya, Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, sudah menerima perkhabaran buruk.

Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hukuman gantung enam bulan ke atas ketua jurulatihnya, B. Sathianathan berkuat kuasa kelmarin.

Keputusan tersebut mengejutkan penyokong setia pasukan The Red Warriors ketika persiapan mereka sudah memasuki fasa terakhir sebelum aksi merebut Piala Sumbangsih antara Kelantan dan Selangor pada 29 Januari ini bermula di Stadium Shah Alam.

Ekoran keputusan tersebut, Kelantan perlu mencari pengganti Sathianathan untuk mengemudi The Red Warriors berikutan penolongnya, Hashim Mustafa hanya mempunyai Lesen Kelas B dan tidak layak mengetuai pasukan.

Penyokong Kelantan menganggap tindakan FAM itu sebagai ‘kurang cerdik’ kerana membuat keputusan pada saat-saat akhir sekali gus menyusahkan pasukan The Red Warriors untuk mencari pengganti yang sesuai.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan, Marhasim Mat berkata, keputusan FAM itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menjahanam serta merosakkan moral pasukan bagi menghadapi saingan liga musim ini

“Saya amat kecewa dengan tindakan FAM, kes ini sepatutnya sudah lama diselesaikan dan tidak perlu mengambil tempoh yang lama untuk membuat keputusan.

“Sekiranya kes ini diselesaikan lebih awal, saya yakin dan percaya ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah buat Kelantan dalam mempersiapkan pasukan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Tambahnya, ini merupakan kali ketiga FAM membuat keputusan yang mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan peminat The Red Warriors.

Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebook miliknya mengesahkan, beliau telah menerima surat rasmi daripada FAM mengenai keputusan Jawatankuasa Rayuan badan induk bola sepak itu mengekalkan keputusan ke atas Sathianathan.

Menurut Annuar, pihaknya akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini (semalam) untuk membincangkan masalah tersebut dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas itu.

Tuesday, January 25, 2011

Perjuangan baru bermula...


"Patah sayap bertongkat paruh,patah parut bertongkat dagu...tertiarap makan debu,trlentang meminum embun....lawan tetap lawan,mengalah tidak sekali2...pantang kito anok Klate..MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH...GOMO TETAP GOMO...set kito tidak Akan pecoh!!nanti la mung!!!"
*Luahan hati presiden KAFA kita, Tan Sri Annuar Musa.
Ura-ura kita bakal kehilangan khidmat B.Stianathan nampaknya memberi kesan kepada TRW dan peminat. Kiranya keputusan FAM tersebut diambil kira,segala perancangan dalam perjalanan TRW menghadapi Liga Super tahun 2011 sedikit terencat. Pasukan Kelantan tidak putus-putus ditimpa musibah disebabkan segelintir yang tidak berpuas hati dengan kebangkitan bola sepak Kelantan. Walau apapun, perjuangan tetap diteruskan. Kelantan, tanah tumpahnya darahku...

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...