
Kuala Lumpur – Skuad Malaysia sekali lagi dibelasah dalam siri persahabatan menentang Liverpool apabila tewas 6-3 di Stadium Bukit Jalil pada petang tadi. Pertahanan skuad Malaysia nyata longgar apabila beberapa gol yang dijaringkan oleh Liverpool adalah hasil kesilapan mudah dan salah faham sesama sendiri.
Gol pertama Liverpool dijaringkan oleh Charlie Adam hasil sepakan  penalti pada minit ke-27 selepas Asrarudin menjatuhkan Carrol dalam  kotak penalti. Tetapi Malaysia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil  sepakan percuma yang cantik dan boleh dianggap “world class” oleh Syafiq  Rahim pada minit ke-43.
Bermula separuh masa kedua, beberapa pertukaran dibuat termasuk membawa  masuk penjaga gol utama, Khairul Fahmi mengantikan Sharbinee. Tetapi,  percaturan itu nyata tidak berhasil apabila Liverpool mendapat gol mudah  hasil jaringan oleh Ngog selepas kesilapan Fadhli melakukan clearance membolehkan Ngog menolak masuk bola ke dalam gol pada minit ke-69.
Seminit selepas itu, Muslim melakukan kesilapan selepas hantaran dia tidak sampai membolehkan Ngog menjaringkan gol untuk menewaskan Apek dan meletakan Liverpool di depan dengan 3-1.
Liverpool menambah gol yang keempat selepas hantaran Insua mudah  disudah Maxi Rodriguez pada minit ke-75. Tetapi, Safee berjaya  merapatkan jurang gol hasil jaringan gol pada minit ke-79 dan 82  menjadikan kedudukan 4-3.
Malangnya, Liverpool menambah duka skuad Harimau Malaya dengan dua gol  lagi pada minit ke-90 oleh Maxi Rodriguez dan Dirk Kuyt pada minit ke-93  menjadikan kedudukan 6-3.
Keputusan Liverpool (6) dan Malaysia (3) kekal hingga ke wisel penamat.
 
 

No comments:
Post a Comment