SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...

Sunday, May 29, 2011

terkini: 6 julai 2011 (perlawanan terakhir liga)-tahniah kelantan!

Rnk
TeamMPWDLGFGA+/-Pts
1 Kelantan26175452213156
2 Terengganu26165554262853
3 Selangor26164642241852
4 Kedah2613672520545
5 Harimau Muda A26127738281043
6 Perak26101063124740
7 Johor FC2681082628-234
8 Negeri Sembilan2688102932-332
9 Terengganu PBDKT T-Team2694133540-531
10 Sabah2677122432-828
11 FELDA United FC2677122234-1228
12 Kuala Lumpur2668122334-1126
13 Pahang2657141936-1722
14 Perlis2624202061-4110

Wednesday, May 18, 2011

KEJUTAN BUAT GURU...


Ribuan unggas yang berkumpul dan menunggu pengumuman penguasa rimba yang khabarnya mahu memberi kejutan sempena sambutan Hari Unggas dan Mergastua benar-benar terkejut dengan pengumuman yang dibuat.Pecahlah khabar di sana sini seluruh inci hutan bahawa kumpulan unggas dan mergastua telah mendapat "durian runtuh" ekoran pengumuman dan kejutan itu tadi.Ramai yang mengucapkan tahniah.Kumpulan unggas terpingga-pingga.Kelu lidah untuk berkata-kata.Sedih dan ngilu berkarat dalam hati.

Sukar untuk mereka katakan bahawa kejutan memang telah berlaku dan isi pengumuman itu memang mengejutkan. Kejutannya ialah, hanya empat yang teratas dalam susunan hirarki pengurusan rimba sahaja yang mendapat laba dan durian runtuh dan bukannya ribuan unggas dan mergasatwa yang menunggu-nunggu itu.Kelompok unggas dan mergasatwa biasa tidak layak biarpun merekalah sebenarnya yang memakmurkan dan menjalankan semua kerja di Rimba Atap Langit ini.

Durian runtuh itu hanya melibatkan gajah, singa,harimau dan tedung senduk.Kumpulan yang empat itu tersenyum lebar kerana "kegahan" mereka bertambah besar dari yang sebelum ini. Sebelum ini kumpulan mereka memang telah dilimpahi keistimewaan, dan sekarang keistimewaan itu ditambah lagi. Tentu sahaja mereka sangat berpuas hati dan tak putus-putus mengucapkan syukur dan memuji-muji tindakan tersebut.

Lain pula halnya dengan unggas dan mergasatwa yang lain.Khabar yang pecah dan dicanang-canangkan itu untuk menunjukkan kepada warga rimba yang kurang tahu bahawa semua unggas dan mergasatwa telah mendapat "durian runtuh" itu. Kemudian, di tengah-tengah rasa bingung itu, datanglah seekor marsupial kecil yang mengoyang-goyangkan ekornya dan berkata,"Lain kali wahai sahabat semua, janganlah berani-berani kamu menyulam harap, kalau tak jadi bernanah di dada"
petikan daripada sahabat facebook.

Wednesday, May 4, 2011

RAPAT 1MALAYSIA: TRANSFORMASI PENDIDIKAN


Pagi tadi diarahkan ke Intekma Resort Uitm Shah Alam.Hanya untuk meramaikan program Rapat 1Malaysia: Transformasi Pendidikan peringkat negeri selangor. Dalam hati dah terpikir mesti boring giler ni.maklum la dengar ceramah jer.mesti mata pun mengantuk. Tapi ahli panelnya jenis yang bukan stereotaip. so, takde la boring sangat.

Prof. Emiratus Tan Sri Khoo Kay Kim antara ahli panel yang dijemput. Merupakan seorang tokoh dalam bidang sejarah. Daripada ceramah beliau baru la sedar betapa jahilnya diri tentang sejarah negara sendiri. Malahan apa terkandung dalam buku teks sejarah sekolah menengah pun ada yang tidak benarnya.

Beliau mengimbau sejarah negara kita yang mana bagi golongan sekarang hanya diketahui daripada buku teks sahaja.Jauh sekali untuk membelek buku-buku ilmiah lain yang ada di pasaran.(aku pun sama kot)

Tapi secara halus sebenarnya program macam ni menjadikan golongan cikgu sebagai perantara agenda kerajaan. Cikgu orang yang paling rapat, paling sesuai untuk membentuk kanak-kanak. Sebab tu la ada cikgu yang tak berapa puas hati tadi. Setiap kali ada pembaharuan, maka makin bertambahlah tugas mereka. Dari hari ke hari kerja makin bertambah.Beban makin bertambah. Penat jerih sang guru jarang sekali diuar-uarkan.Apatah lagi nak diiktiraf.

Dalam paper pun kalau pasal cerita guru rotan murid,pukul murid, mesti seantero tahu.Berhari-hari,berminggu-minggu sebut benda yang sama.

Moralnyer...Terima lah seadanya.Buat keje ngan ikhlas.Nanti ada balasan DISANA...

Monday, April 18, 2011

padah menghina sultan


SHAH ALAM – Polis diminta bertindak tegas terhadap kenyataan berbaur hasutan seorang individu di laman sosial ‘Facebook’ yang didakwa menghina Sultan Kelantan dan rakyat negeri itu.

Perantau Kelantan di sini, Izwan Abdul Hadi mewakili seluruh rakyat Kelantan di Lembah Klang berkata, polis diminta memandang serius isu yang boleh mencetuskan provokasi kenegerian, kedaulatan raja dan perkauman kerana kesemua perkara itu adalah sangat sensitif dalam kalangan rakyat negara ini.

Menurutnya, individu yang didakwa dari Perak itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan melampaui batas sehingga menyentuh ketua negeri terutama raja atau sultan, sedangkan ia hanya perlawanan bola sepak (merujuk kepada kekalahan Kelantan kepada Perak Selasa lalu).

“Kami benar-benar kesal dengan kenyataan dia sebab itu hanya sukan dan permainan, janganlah keterlaluan. Jangan membusukkan negeri Perak dengan tindakan seperti itu sebab kami juga mempunyai ramai kenalan dari Perak.

“Dia kena ingat Perak pun bernaung di bawah Raja Melayu, janganlah menghina Raja Melayu negeri lain. Saya juga berharap perkara ini mendapat perhatian Majlis Raja-Raja Melayu demi kebaikan seluruh rakyat di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis bersama Kelab Penyokong Kelantan FA, Ultras Kelantan, Kelab Anak-anak Kelantan Di Perantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini semalam.

Izwan berkata, kemarahan rakyat Kelantan tidak akan tercetus sekiranya tidak ada provokasi kenegerian dan perkauman dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab seperti itu.
Beliau tidak mahu keakraban rakyat Malaysia di negeri Perak dan Kelantan menjadi renggang disebabkan kenyataan itu.

Izwan juga berharap rakyat negeri lain terutama peminat bola sepak mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Selasa lalu, Perak menewaskan Kelantan 4-0 dalam perlawanan Liga Super 2011 di Stadium Ipoh, Perak.

Sementara itu di Manjung, Perak, lebih 20 ahli NGO Kelantan di daerah itu berhimpun membantah tindakan individu terbabit.

Mereka turut membuat laporan polis.

Pengerusi Persatuan Anak Kelantan Perantauan (Perakan) Manjung, Muhd Fadzli Saud (gambar) berkata, pihaknya terkilan dengan tindakan individu itu mencaci rakyat dan Sultan Kelantan.

“Kenyataan itu mungkin boleh mencetuskan perbalahan sesama kita,” katanya.
Wakil Kelab Dikir Barat Seri Perantau, F Azman Ismail berkata, pihaknya kecewa dengan perbuatan individu terbabit.

“Harap polis ambil tindakan segera,” katanya.

Antara NGO menyertai perhimpunan itu Anak Kelantan TLDM, Kumpulan Dikir Barat Seri Perak, Peniaga-peniaga Kelantan Daerah Manjung dan Kelab Muay Thai Manjung.

sumber: sinar harian

Saturday, April 9, 2011

terkini: liga super 9 april 2011

kelantan 6 vs felda united 0
terengganu 2 vs harimau muda A 1
KL 0 vs pahang 0
johor fc 0 vs NS 0
sabah 2 vs perak 1
selangor 0 vs team 2

Wednesday, April 6, 2011

sape miera liyana?














“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.
“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. “Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online.



Saat ditanya jika tidakkah dia bimbang pakaiannya malam ini akan mencetuskan kontroversi, Miera Liyana, pelakon Kamelia Katrina memberitahu wartawan Galaksi, "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan."

korang boleh la buat penilaian sendiri. Takkan sengaja pakai macam ni kot.Jalan singkat untuk glamour la ni. Dulu ramai tak kenal. tapi sekarang, satu malaysia dah kenal. pasni banyak la dapat offer berlakon.


*saje tertarik nak post cerita ni.sebagai iktibar kat korang.heheheh


Sunday, March 20, 2011


kuatkan speaker dan sub woofer anda.


Kemeriahan penyokong Kelantan.

Felda United 0-3 Kelantan PIALA FA 2011 | Suku Akhir



Mintak-mintak kita berjaya tahun ni.Lagi 2 pasukan untuk dikalahkan untuk muncul juara Piala FA 2011. Pakat sokong ramai-ramai puok kito.
Tahniah players dan para penyokong TRW yang tetap dibelakang tak kira menang atau kalah.
GKG.

Saturday, March 19, 2011

keputusan suku akhir kedua Piala FA


Alhamdulillah......
Akhirnya TRW dapat menebus kekecewaan suku akhrir pertama vs felda.
Kite menang besar malam ni.Tahniah!

KEPUTUSAN QUARTERFINAL PIALA FA
Kelantan FA 5-2 Felda United
Terengganu FA 5-4 Perak FA
Selangor FA 5-2 Johor FA
Pahang FA 2-1 Kuala Lumpur FA

Friday, March 18, 2011

Man Juara Raja Lawak ke-5


Jenaka bersahaja dan meyakinkan membuatkan Man atau nama sebenarnya Abd Rahman dipilih menjadi juara Raja Lawak musim kelima (RL5) dan membawa pulang wang tunai RM100,000, malam tadi.

Tempat kedua menjadi milik R2 dan kumpulan Balas pula di kedudukan ketiga. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM30,000. Ketiga-tiga pemenang juga mendapat hadiah barangan elektrik Arezzo, LG, Elba dan Pensonic serta trofi Raja Lawak sumbangan Astro.

Tuesday, March 15, 2011

Akhirnya Lin Dan rebah jua


Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memperagakan aksi terbaik untuk membawa pulang gelaran All England kedua berturut-turut dengan dibimbing Tey Seu Bock. Chong Wei menjadi pemain Malaysia pertama berjaya mempertahankan kejuaraan selepas Datuk Eddy Choong melakukannya pada 1956 dan 1957.

bahaya botol susu


Mendapati bahaya Bisphenol A (BPA) boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh, kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu mengandungi bahan terbabit berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan pengharaman itu dibuat kerana tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat mengandungi BPA selamat untuk digunakan.


Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat

Monday, March 7, 2011

sekadar menulis


Untuk jadi kreatif, fikir seperti kanak-kanak. kanak-kanak tidak meletakkan had dalam fikiran mereka. kita yang dewasa akan selalu fikir- boleh ke berjaya? nanti apa orang kata kalau kita berjaya? kalau buat camni boleh tak? Kanak-kanak tidak meletakkan had, sebab tu kanak-kanak kreatif. Dia orang mampu buat macam-macam benda. Kadang-kadang benda yang dibuat tu tak terfikir dek fikiran kita.

Tapi takkan kita sebagai orang dewasa ni nak jadi kanak-kanak semula semata-mata untuk membuat atau mencipta sesuatu yang kreatif.Takkan dapat masa diundur. Jadi, kita kena la guna sumber yang ada. Tak perlu mengharapkan sesuatu yang mustahil untuk mendapatkan sesuatu tidak yang lain. Kita pun kreatif jugak sebenarnye. Mungkin kita je yang tak menyedarinya. Kelebihan yang ada pada diri takkan muncul dengan sendirinya. Mungkin setelah kita beberapa kali menghadapi kegagalan, baru la kita kita sedar apa dan dimana kelebihan kita sebenarnya.

Dengan memanipulasikan kelebihan tersebut baru la kita akan beroleh apa yang dicita.Kekayaan, kesenangan, kebahagiaan, kepuasan, semuanya akan kita perolehi setelah kelebihan itu dipergunakan sebaik mungkin.

So, kanak-kanak dengan dunianya sendiri. Kita juga sebagai orang dewasa pun dengan dunia kita sendiri.Selamat beramal...!

Saturday, March 5, 2011

Mahkota Cinta


Ladang kita air mengalir di segala liku
tanaman subur menghijau dan rumput-rumput baldu
ia datang matanya bintang suaranya lagu
membawa khabar mesra salam dari ibu

Kucintai tanah ini kerana kami di sini
rumah kecil tapi telah didirikan oleh lelaki
teguh dan keramat seperti gunung besi
ladang tercinta, kubenam hati di sini

Tumbuh segala kasih berbuah berbunga
ladang comel sekarang milik kita bersama
akan lahir manusia baru sudah bernama
setia, putera kasih mewarisi mahkota cinta!


~Usman Awang
1966

dalam library


Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?

Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua

Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada

~ A. Samad Said

Thursday, March 3, 2011

kena saman ke?


Tempoh untuk korang sume bayar saman tertunggak dah habis. Dari bulan ogos lagi korang diberi masa untuk bayaq. Tapi ada lagi yang liat. Nasib baik la aku dah setelkan awal-awal.tak la kalut sangat. Tengok la last day ari tu. Bukan main ramai kat pejabat pos, balai polis. Internet pun jem. Ramai sangat online nak bayaq saman.

Yang nak gelaknye, ada lagi yang mintak diberi tempoh dua, tiga bulan lagi. Tak cukup lagi ke 5 bulan yang kerajaan bagi masa tuh? Time tu korang buat apa? nape tak pi bayaq?

Itulah mentaliti rakyat kita. bagi betis, peha pulak yang dimintaknyer. Last minit baru serbu kaunter.Sampai tengah malam beratur. Kesian kat pekerja tu. Malam-malam pun kena stayback lagi.

Lepas ni nampak gaya sume saman kena setelkan dalam masa 2 bulan jer (naya jugak aku kalau ada saman). Kalau tak, terus black list. Tak boleh bayar lesen, road tax, insurans. jenuh la nak mencari duit dalam tempoh tu. Kalau setakat satu saman ok lagi. Tapi kalau dah berbelas-belas (mungkin la) dari mana korang nak cekau duit.

Dah la keje penat-penat kan. Pastu separuh gaji 'sedekah' kat orang macam tu jer. Leleh air mata beb!

Wednesday, March 2, 2011

ntah...


Dah banyak hari tak update blog. Sibuk sikit. Tmbah lagi laktop pulak buat hal. Macam-macam cacing ada. Cacing tanah,cacing kerawit,cacing gelang. Nampak gaya kena hantar pi format la tuh. Susah la kalau laktop xleh connect internet gak. Banyak benda la yang tergendala.
Nasib baik la ada dekstop ni. Boleh la guna tenet slow-slow.Biarpun tak berapa laju tapi ok la setakat nak bukak blog ngan email.
Seminggu dua ni macam-macam keje kena buat. Sampai tak sempat tangan kaki nak melayan. Badan pun dah rasa semput. Macam kete lama.
Minggu ni rasanya tak balik JB kot. Sminggu jer lagi sekolah. Pastu cuti 1 week. nanti boleh la rest kat rumah. Sambil jalan-jalan ngan anak isteri.

Sunday, February 20, 2011

bahaya seks usia muda


Sedarkah anda dalam tempoh sesingkat empat minit nyawa seseorang wanita di rantau Asia Pasifik melayang? Semuanya bahana kanser pangkal rahim yang meragut sejumlah 500,00 nyawa di seluruh dunia setiap tahun. Dalam konteks Asia , sekurang-kurangnya 266,000 disahkan menghidap kanser ini setiap tahun dengan 143, 000 kematian. Di negara-negara membangun, hanya 41 peratus daripada wanita berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup. Realitinya pakar-pakar perubatan juga tidak seratus-peratusnya pasti terhadap punca sesuatu penyakit. Keadaan itu merupakan kenyataan yang memeritkan.

Di Malaysia, 10.5 peratus wanita meninggal dunia akibat

Tokoh Maulidur Rasul

Sejuk hati apabila melihat penerima tokoh Maulidur Rasul, Wee Soo Yen, 16, pelajar Cina dari Kelantan kerana mendapat A subjek Bahasa Arab Komunikasi dan semua A subjek yang lain dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) lalu. Apabila diwawancara, cara beliau berbahasa Melayu begitu fasih sekali.

Bertambah manis dan anggun berbaju kurung berselendang bersama ahli keluarganya. Langsung tidak kekok berakulturasi dengan budaya Melayu. Walaupun pemakaian melayu, tidak menjadi alasan yang perlu diperdebatkan kerana beliau seorang Cina. Begitu juga semasa Tahun Baru Cina, berapa ramai pemimpin Melayu yang kita kita mengacau Yee Sang yang nampak seolah-olah mereka yang merayakan perayaan tersebut. Kita 1malaysia.

Saya pun merasa bangga di atas anugerah tersebut. Cuba bayangkan bangsa lain mampu menguasai Bahasa Arab dengan baik berbanding kita orang Melayu yang sememangnya diajar bahasa tersebut sejak kecil lagi (mesti korang pernah mengaji Al-Quran kan).

Pendek kata, kalau ada kemahuan, keinginan di samping usaha yang tidak mengenal putus asa, maka apa yang dicitakan pasti tercapai akhirnya. Kita semua sama sahaja. Cuma usaha yang menentukan kita kaya miskin, berjaya gagal. So, tepuk dada tanya diri anda. Selamat beramal...!

Saturday, February 19, 2011

Sang Kijang meratah anak penyu

KEPUTUSAN PIALA FA (18.2.2011)
T-TEAM 1 - KELANTAN 1 *(KELANTAN MENANG PENALTI 6-5)
HARIMAU MUDA A 4 - SDM NAVY 0


Alhamdulillah...
Akhirnya TRW dapat melunaskan dendam di atas ketidakjujuran T-team dengan mencuri pemain Kelantan sebelum sepak mula musim 2011. Kemenangan ini memberi sedikit kegembiraan kepada pemain dan pasukan serta para penyokong Kelantan setelah TRW diperkotak-katikkan oleh pihak tertentu untuk melihat TRW terus merosot dalam kalendar MSL.

Walaupun sepakan penalti Mat Yo tersasar, berkat dengan doa para penyokong Kelantan, akhirnya kita berjaya. Tapi sebentar tadi aku ada terbaca post TSAM dalam FB nya. FAM telah menghantar surat tunjuk sebab kepada KAFA yang melibatkan pembakaran mercun semasa perlawanan piala Sumbangsih ari tu.

Satu-demi satu kesalahan yang ditimbulkan. Apa la masalah diaorang sehingga terlalu iri hati dengan kebangkitan TRW. Sedangkan denda yang perlu dibayar T-Team kepada KAFA kerana berpindah stadium dalam perlawanan tadi masih belum dibayar lagi. Sepatutnya kena bayar sebelum 48 jam (mengikut cakap TSAM). Tapi perkara tu didiamkan pulak.Takpe, kita tunggu dan lihat nanti.GKG

Thursday, February 17, 2011

Bilionair Malaysia




KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga

Wednesday, February 16, 2011

Mengapa kelantan boleh menang ke atas KL: Selawat Sebelum Sepak Mula - Kelantan Lawan Kuala Lumpur - Liga Super 2011



Inilah yang kita mahu. Agama meliputi semua aspek kehidupan. Insyaallah kita akan diredhai-Nya dalam setiap sesuatu yang kita lakukan.

Tahniah kepada barisan kepimpinan KAFA terutama presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa. Sepatutnya aktiviti seumpama ini diterapkan dalam semua bidang tak semestinya sukan sepertimana yang telah dilakukan oleh para penyokong kelantan pada perlawanan antara Kelantan vs KL (16.2.2011) di Stadium Muhamad ke IV.

Mereka secara beramai-ramai berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sempena maulidur rasul 1432 H. KAFA telah mengedarkan risalah selawat sebelum perlawanan kepada para penyokong untuk diselawat beramai-ramai sebelum perlawanan bermula.
GKG.

Penyelarasan Kadar Baru kompaun (bermula 1 Mac 2011)


Buletin Utama di TV3 sebentar tadi berkenaan kompaun yang tidak di jelaskan dalam tempoh 60 hari akan menjadi kes mahkamah. Nampak gaya makin kayalah jpj, polis nanti. Kalau sebelum ni korang (termasuk la aku) yang liat tak bayar saman (bukan tak nak bayar,tapi takde duit jer), selepas ni mesti korang la yang kalut beratur kat kaunter jpj/polis tu.

Aku rasa peguam nanti makin sibuk. Tak terlayan kes-kes saman korang yang kena saman nanti. Moralnya, jangan drive laju, jangan potong garisan berkembar, jangan guna hand phone time drive dan pelbagai jangan lagi.

Namun bermula 1 Mac 2011 akan bermulanya penguatkuasaan penyelarasan baru kadar kompaun. Sejauh manakah langkah ini akan mengubah SIKAP pemandu2 di negara kita. Termasuk la juga aku sebab selagi aku sebagai pengguna kenderaan bermotor, maka nak tak nak tak terlepas juga dengan kesalahan lalu lintas.

Apa yang penting adalah SIKAP yang perlu di ubah. Mungkin langkah yang lebih tegas ini akan dapat mengurangkan sedikit SIKAP yang yang teruk di kalangan pemandu2. Aku amat berharap agar lebih bersopan di jalan raya dan saling hormat menghormati antara pemandu lain.

Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432 H


12 Rabi’ul Awal adalah hari keputeraan kekasih Allah, Muhammad S.A.W yang mulia, mengatasi apa saja yang dipanggil kekasih oleh kita didunia ini. Sewajarnya inilah yang patut menjadi keutamaan kepada orang Islam, yang lebih patut diiklankan dimedia massa atau apa saja medium.

Bukan beerti mengingati tarikh itu sahaja sebagaimana ramai dari kita yang menyambut hari lahir mereka, tetapi yang lebih penting apa yang dibawa oleh kekasih Allah itu kepada kita bermula 12 rabi’ul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571 M hingga 12 rabi’ul awal tahun 11 hijrah tahun kewafatan Baginda rasulullah S.A.W. Apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah diikuti keran Baginda adalah utusan Allah, bukan sahaja kepad umat Islam tetapi untuk seluruh is alam ini.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

Surah Al-Anbiya, ayat 107

“Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Entri ini sebagai tazkirah kepada diri penulis sendiri khasnya dan para pembaca amnya kerana melihat tahun 2011 ini adalah satu tahun yang Allah jadikan dua tarikh ini berdekatan dan berturutan, supaya kita semua mengambil iktibar tentangnya. Janganlah kita salah memilih antara 2 kekasih. InsyaAllah!

result terkini: kelate vs KL (15/2/2011)

PHG 1-0 TTEAM /
TRG 2-3 SEL /
KED 0-0 PRK /
KL 0-2 KEL /
SBH 0-1 JHR FC /
HARIMAU MUDA 2-1 PERLIS /
NS9 0-1 FELDA

Sunday, February 13, 2011

Teringat zaman dulu-dulu...


Rindu nyer kat zaman kecik2 dulu.....
Happy je memanjang....main je ngan kwn2 24hrs,,,,hehehe
untuk bacaan pada masa lapang...
enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...

tanda-tanda anda bayi tahun 70/80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi longkang dgn classmates semua kat sebelah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.
Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ala-ala kasut kungfu. ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? facebook? mendalah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.

bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skolah tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. pompuan la ramai jadi mangsa. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakannye lahir thn 1991/92. skarang digelar 'remaja'. bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni.

CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure
tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin, beranak-pinak.

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member. hanya melalui telefon setiap jer. tu pun jarang2,kadang2.

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, kalu korang baca ni sume, mesti korang tersenyum sorang2.tingat dulu2 kan...
Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 70/80s babies!!!

Lubang-lubang aneh di dunia

Chuquicamata, Chile

lubang besar

Dalamnya 850 meter.

Udachnaya Pipe, Russia

lubang besar

Ditemukan tahun 1955 dan dalamnya mencapai 600 meter.

Sink hole, Guatemala

lubang besar

Pada tahun 2007, sebuah lubang terbentuk sedalam 300 kaki akibat mendapan tanah.

Diavik Mine, Canada

lubang besar

Lombong berlian. Dibuka pada 2003.

Mirny Diamond Mine, Siberia

lubang besar

Lombong Berlian Mirny memiliki kedalaman 525 m dan diameter 1.200 m. Trak-trak mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke dasar lombong.

Great Blue Hole, Belize

lubang besar

Lubang Biru Besar adalah lubang mendap bawah air di Pantai Belize. Lubang ini memiliki diameter 1000 kaki dan kedalaman 400 kaki.


Monticello Dam, California

lubang besar

48.400 kaki kubik per saat.

Kimberley Diamond Mine, South Africa

lubang besar

Lombong berlian Kimberley (juga dikenal sebagai Big Hole) memiliki julukan lubang buatan terbesar di dunia (masih diperdebatkan).

Darvaza Gas Crater, Turkmenistan

lubang besar

Di tahun 1971, para geologis menemukan gas bawah tanah yang sangat besar di tempat ini. Saat sedang dilakukan penggalian untuk mendapatkan gas, Menara bor runtuh dan meninggalkan lubang besar. Untuk mencegah gas beracun keluar, lubang ini dibiarkan terbakar. Sampai sekarang masih terus terbakar tanpa pernah berhenti.

keputusan terkini: kelantan vs johor fc (12/2/2011)


KELANTAN 4 (Azwan Roya 33' Gol Sndiri 51' Mat Yo 73' Nizad 79') -1 JOHOR FC (Riduwan 25')

Kemenangan Kelantan dengan jaringan 4 gol pada malam tadi, sekaligus mengekalkan rekod kemenangan yang sama ke atas Johor FC pada musim lalu di Kota Bharu. Stadium Sultan Muhammad ke 4 sekali lagi memaksa pasukan Johor FC menerima kekalahan setelah skuad junior Johor FC juga tewas dalam saingan piala Presiden kelmarin.

Kelantan bermula cemerlang apabila seawal minit kedua Ramzul Zahini penyerang yang baru pertama kali beraksi membuat sepakan tepat ke gawang lawan namun berjaya ditepis keluar. Kelantan banyak mengasak ke kubu lawan, lebih tujuh percubaan tepat Kelantan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Johor FC

Pada minit ke 25 seluruh penyokong Kelantan terdiam seketika dengan jaringan awal Riduwan Ma'on. Namun semangat juang anak didik Datuk M Karathu sedikit pun tidak luntur apabila pada minit ke 33 Nurul Azwan Roya berjaya menyamakan kedudukan. Selepas gol penyamaan semangat pemain-pemain lain seperti Nurul Azwan Roya, K Soley, Piya, Norshahrul dan Ramzul kembali mengganas sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula Kelantan terus menggempur kubu lawan melalui gandingan mantap barisan pemain tengah dan penyerang. Ramzul Zahini dilihat sudah mula serasi dengan hantaran cantik Norshahrul, pada minit ke 51 percubaan Norshahrul tertampan pada pemain Johor FC. Kelantan mendahului 2-1 pada minit ke 51. Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi membuktikannya antara pemain terbaik Kelantan setelah berjaya menjaringkan gol pada minit ke 73 meletakkan Kelantan mendahului Johor FC 3-1. K Soley dibawa keluar dan dibawa masuk Nizad Ayud

Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh gandingan mantap tiga serangkai Nizad Ayub, Norshahrul dan Ramzul Zahini membuatkan penjaga gawang dan pemain pertahanan Johor FC kucar-kacir. Akhirnya Nizad Ayub pemain muda berbakat berjaya menonjolkan dirinya selaku penjaring gol Kelantan, setelah menjaringkan gol keempat Kelantan pada minit ke 79.

Barisan pertahanan dan penjaga gol Kelantan juga beraksi cemerlang apabila sering menggagalkan serangan Johor FC yang diketuai Rezal Zambry Yahya. Keputusan Kelantan 4-1 Johor FC kekal sehingga wisel penamat. Tahniah kepada semua penyokong Kelantan. Kenduri gol....kito

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...