SELAMAT DATANG DAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA
If you are ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag-ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI...

Sunday, February 20, 2011

bahaya seks usia muda


Sedarkah anda dalam tempoh sesingkat empat minit nyawa seseorang wanita di rantau Asia Pasifik melayang? Semuanya bahana kanser pangkal rahim yang meragut sejumlah 500,00 nyawa di seluruh dunia setiap tahun. Dalam konteks Asia , sekurang-kurangnya 266,000 disahkan menghidap kanser ini setiap tahun dengan 143, 000 kematian. Di negara-negara membangun, hanya 41 peratus daripada wanita berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup. Realitinya pakar-pakar perubatan juga tidak seratus-peratusnya pasti terhadap punca sesuatu penyakit. Keadaan itu merupakan kenyataan yang memeritkan.

Di Malaysia, 10.5 peratus wanita meninggal dunia akibat

Tokoh Maulidur Rasul

Sejuk hati apabila melihat penerima tokoh Maulidur Rasul, Wee Soo Yen, 16, pelajar Cina dari Kelantan kerana mendapat A subjek Bahasa Arab Komunikasi dan semua A subjek yang lain dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) lalu. Apabila diwawancara, cara beliau berbahasa Melayu begitu fasih sekali.

Bertambah manis dan anggun berbaju kurung berselendang bersama ahli keluarganya. Langsung tidak kekok berakulturasi dengan budaya Melayu. Walaupun pemakaian melayu, tidak menjadi alasan yang perlu diperdebatkan kerana beliau seorang Cina. Begitu juga semasa Tahun Baru Cina, berapa ramai pemimpin Melayu yang kita kita mengacau Yee Sang yang nampak seolah-olah mereka yang merayakan perayaan tersebut. Kita 1malaysia.

Saya pun merasa bangga di atas anugerah tersebut. Cuba bayangkan bangsa lain mampu menguasai Bahasa Arab dengan baik berbanding kita orang Melayu yang sememangnya diajar bahasa tersebut sejak kecil lagi (mesti korang pernah mengaji Al-Quran kan).

Pendek kata, kalau ada kemahuan, keinginan di samping usaha yang tidak mengenal putus asa, maka apa yang dicitakan pasti tercapai akhirnya. Kita semua sama sahaja. Cuma usaha yang menentukan kita kaya miskin, berjaya gagal. So, tepuk dada tanya diri anda. Selamat beramal...!

Saturday, February 19, 2011

Sang Kijang meratah anak penyu

KEPUTUSAN PIALA FA (18.2.2011)
T-TEAM 1 - KELANTAN 1 *(KELANTAN MENANG PENALTI 6-5)
HARIMAU MUDA A 4 - SDM NAVY 0


Alhamdulillah...
Akhirnya TRW dapat melunaskan dendam di atas ketidakjujuran T-team dengan mencuri pemain Kelantan sebelum sepak mula musim 2011. Kemenangan ini memberi sedikit kegembiraan kepada pemain dan pasukan serta para penyokong Kelantan setelah TRW diperkotak-katikkan oleh pihak tertentu untuk melihat TRW terus merosot dalam kalendar MSL.

Walaupun sepakan penalti Mat Yo tersasar, berkat dengan doa para penyokong Kelantan, akhirnya kita berjaya. Tapi sebentar tadi aku ada terbaca post TSAM dalam FB nya. FAM telah menghantar surat tunjuk sebab kepada KAFA yang melibatkan pembakaran mercun semasa perlawanan piala Sumbangsih ari tu.

Satu-demi satu kesalahan yang ditimbulkan. Apa la masalah diaorang sehingga terlalu iri hati dengan kebangkitan TRW. Sedangkan denda yang perlu dibayar T-Team kepada KAFA kerana berpindah stadium dalam perlawanan tadi masih belum dibayar lagi. Sepatutnya kena bayar sebelum 48 jam (mengikut cakap TSAM). Tapi perkara tu didiamkan pulak.Takpe, kita tunggu dan lihat nanti.GKG

Thursday, February 17, 2011

Bilionair Malaysia




KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga

Wednesday, February 16, 2011

Mengapa kelantan boleh menang ke atas KL: Selawat Sebelum Sepak Mula - Kelantan Lawan Kuala Lumpur - Liga Super 2011



Inilah yang kita mahu. Agama meliputi semua aspek kehidupan. Insyaallah kita akan diredhai-Nya dalam setiap sesuatu yang kita lakukan.

Tahniah kepada barisan kepimpinan KAFA terutama presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa. Sepatutnya aktiviti seumpama ini diterapkan dalam semua bidang tak semestinya sukan sepertimana yang telah dilakukan oleh para penyokong kelantan pada perlawanan antara Kelantan vs KL (16.2.2011) di Stadium Muhamad ke IV.

Mereka secara beramai-ramai berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sempena maulidur rasul 1432 H. KAFA telah mengedarkan risalah selawat sebelum perlawanan kepada para penyokong untuk diselawat beramai-ramai sebelum perlawanan bermula.
GKG.

Penyelarasan Kadar Baru kompaun (bermula 1 Mac 2011)


Buletin Utama di TV3 sebentar tadi berkenaan kompaun yang tidak di jelaskan dalam tempoh 60 hari akan menjadi kes mahkamah. Nampak gaya makin kayalah jpj, polis nanti. Kalau sebelum ni korang (termasuk la aku) yang liat tak bayar saman (bukan tak nak bayar,tapi takde duit jer), selepas ni mesti korang la yang kalut beratur kat kaunter jpj/polis tu.

Aku rasa peguam nanti makin sibuk. Tak terlayan kes-kes saman korang yang kena saman nanti. Moralnya, jangan drive laju, jangan potong garisan berkembar, jangan guna hand phone time drive dan pelbagai jangan lagi.

Namun bermula 1 Mac 2011 akan bermulanya penguatkuasaan penyelarasan baru kadar kompaun. Sejauh manakah langkah ini akan mengubah SIKAP pemandu2 di negara kita. Termasuk la juga aku sebab selagi aku sebagai pengguna kenderaan bermotor, maka nak tak nak tak terlepas juga dengan kesalahan lalu lintas.

Apa yang penting adalah SIKAP yang perlu di ubah. Mungkin langkah yang lebih tegas ini akan dapat mengurangkan sedikit SIKAP yang yang teruk di kalangan pemandu2. Aku amat berharap agar lebih bersopan di jalan raya dan saling hormat menghormati antara pemandu lain.

Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432 H


12 Rabi’ul Awal adalah hari keputeraan kekasih Allah, Muhammad S.A.W yang mulia, mengatasi apa saja yang dipanggil kekasih oleh kita didunia ini. Sewajarnya inilah yang patut menjadi keutamaan kepada orang Islam, yang lebih patut diiklankan dimedia massa atau apa saja medium.

Bukan beerti mengingati tarikh itu sahaja sebagaimana ramai dari kita yang menyambut hari lahir mereka, tetapi yang lebih penting apa yang dibawa oleh kekasih Allah itu kepada kita bermula 12 rabi’ul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571 M hingga 12 rabi’ul awal tahun 11 hijrah tahun kewafatan Baginda rasulullah S.A.W. Apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah diikuti keran Baginda adalah utusan Allah, bukan sahaja kepad umat Islam tetapi untuk seluruh is alam ini.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

Surah Al-Anbiya, ayat 107

“Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Entri ini sebagai tazkirah kepada diri penulis sendiri khasnya dan para pembaca amnya kerana melihat tahun 2011 ini adalah satu tahun yang Allah jadikan dua tarikh ini berdekatan dan berturutan, supaya kita semua mengambil iktibar tentangnya. Janganlah kita salah memilih antara 2 kekasih. InsyaAllah!

result terkini: kelate vs KL (15/2/2011)

PHG 1-0 TTEAM /
TRG 2-3 SEL /
KED 0-0 PRK /
KL 0-2 KEL /
SBH 0-1 JHR FC /
HARIMAU MUDA 2-1 PERLIS /
NS9 0-1 FELDA

Sunday, February 13, 2011

Teringat zaman dulu-dulu...


Rindu nyer kat zaman kecik2 dulu.....
Happy je memanjang....main je ngan kwn2 24hrs,,,,hehehe
untuk bacaan pada masa lapang...
enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...

tanda-tanda anda bayi tahun 70/80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi longkang dgn classmates semua kat sebelah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.
Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ala-ala kasut kungfu. ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? facebook? mendalah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.

bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skolah tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. pompuan la ramai jadi mangsa. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakannye lahir thn 1991/92. skarang digelar 'remaja'. bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni.

CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure
tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin, beranak-pinak.

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member. hanya melalui telefon setiap jer. tu pun jarang2,kadang2.

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, kalu korang baca ni sume, mesti korang tersenyum sorang2.tingat dulu2 kan...
Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 70/80s babies!!!

Lubang-lubang aneh di dunia

Chuquicamata, Chile

lubang besar

Dalamnya 850 meter.

Udachnaya Pipe, Russia

lubang besar

Ditemukan tahun 1955 dan dalamnya mencapai 600 meter.

Sink hole, Guatemala

lubang besar

Pada tahun 2007, sebuah lubang terbentuk sedalam 300 kaki akibat mendapan tanah.

Diavik Mine, Canada

lubang besar

Lombong berlian. Dibuka pada 2003.

Mirny Diamond Mine, Siberia

lubang besar

Lombong Berlian Mirny memiliki kedalaman 525 m dan diameter 1.200 m. Trak-trak mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke dasar lombong.

Great Blue Hole, Belize

lubang besar

Lubang Biru Besar adalah lubang mendap bawah air di Pantai Belize. Lubang ini memiliki diameter 1000 kaki dan kedalaman 400 kaki.


Monticello Dam, California

lubang besar

48.400 kaki kubik per saat.

Kimberley Diamond Mine, South Africa

lubang besar

Lombong berlian Kimberley (juga dikenal sebagai Big Hole) memiliki julukan lubang buatan terbesar di dunia (masih diperdebatkan).

Darvaza Gas Crater, Turkmenistan

lubang besar

Di tahun 1971, para geologis menemukan gas bawah tanah yang sangat besar di tempat ini. Saat sedang dilakukan penggalian untuk mendapatkan gas, Menara bor runtuh dan meninggalkan lubang besar. Untuk mencegah gas beracun keluar, lubang ini dibiarkan terbakar. Sampai sekarang masih terus terbakar tanpa pernah berhenti.

keputusan terkini: kelantan vs johor fc (12/2/2011)


KELANTAN 4 (Azwan Roya 33' Gol Sndiri 51' Mat Yo 73' Nizad 79') -1 JOHOR FC (Riduwan 25')

Kemenangan Kelantan dengan jaringan 4 gol pada malam tadi, sekaligus mengekalkan rekod kemenangan yang sama ke atas Johor FC pada musim lalu di Kota Bharu. Stadium Sultan Muhammad ke 4 sekali lagi memaksa pasukan Johor FC menerima kekalahan setelah skuad junior Johor FC juga tewas dalam saingan piala Presiden kelmarin.

Kelantan bermula cemerlang apabila seawal minit kedua Ramzul Zahini penyerang yang baru pertama kali beraksi membuat sepakan tepat ke gawang lawan namun berjaya ditepis keluar. Kelantan banyak mengasak ke kubu lawan, lebih tujuh percubaan tepat Kelantan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Johor FC

Pada minit ke 25 seluruh penyokong Kelantan terdiam seketika dengan jaringan awal Riduwan Ma'on. Namun semangat juang anak didik Datuk M Karathu sedikit pun tidak luntur apabila pada minit ke 33 Nurul Azwan Roya berjaya menyamakan kedudukan. Selepas gol penyamaan semangat pemain-pemain lain seperti Nurul Azwan Roya, K Soley, Piya, Norshahrul dan Ramzul kembali mengganas sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula Kelantan terus menggempur kubu lawan melalui gandingan mantap barisan pemain tengah dan penyerang. Ramzul Zahini dilihat sudah mula serasi dengan hantaran cantik Norshahrul, pada minit ke 51 percubaan Norshahrul tertampan pada pemain Johor FC. Kelantan mendahului 2-1 pada minit ke 51. Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi membuktikannya antara pemain terbaik Kelantan setelah berjaya menjaringkan gol pada minit ke 73 meletakkan Kelantan mendahului Johor FC 3-1. K Soley dibawa keluar dan dibawa masuk Nizad Ayud

Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh gandingan mantap tiga serangkai Nizad Ayub, Norshahrul dan Ramzul Zahini membuatkan penjaga gawang dan pemain pertahanan Johor FC kucar-kacir. Akhirnya Nizad Ayub pemain muda berbakat berjaya menonjolkan dirinya selaku penjaring gol Kelantan, setelah menjaringkan gol keempat Kelantan pada minit ke 79.

Barisan pertahanan dan penjaga gol Kelantan juga beraksi cemerlang apabila sering menggagalkan serangan Johor FC yang diketuai Rezal Zambry Yahya. Keputusan Kelantan 4-1 Johor FC kekal sehingga wisel penamat. Tahniah kepada semua penyokong Kelantan. Kenduri gol....kito

Saturday, February 12, 2011

Valentines Day? Bukan Budaya Islam


Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seoalahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi meyemarakkan hari Valentine ini.

Pertama:Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.

Wednesday, February 9, 2011

merisik si dia


Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melilit si kayu jati,
Bukan datang sebarang datang,
Datang membawa hajat di hati..

#Ada idea? Sila tambah lagi di bahagian komen.

PANTUN MERDEKA

MEREDAH SASA BUMI MELAKA,
AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN
INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA,
TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN.

BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.

RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,
DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.

AWAN TENANG BERSERI HIASAN,
KEDIDI DI HUTAN RIUH BELAKA;
PAHLAWAN DIKENANG WATAN WARISAN,
MENJADI IKUTAN RAKYAT MERDEKA.

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

REMAJA KINI MENJULANG NUSA,
BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN;
MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,
DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.

CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,
GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;
ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,
NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

Sumber: http://joharshuib.blogspot.com

pantun lapan kerat

Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Bekejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Bagus rupanya bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.

Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tuan saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.

Sumber:
Permatang Budi,1991.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sudah lama tidak berkesempatan menulis di sini. Terlalu sibuk dengan keje yang tak habis-habis. Biasa la awal tahun kan. Banyak benda kena buat, kena siapkan. Tapi p&p mesti kena jalan jugak. Lama-lama sesak nafas jugak jadinya.
Tu la kalau selalu tangguh. Dah bertimbun baru nak buat kan.
Sekarang ni tengah berbengkel LINUS. Kena pakat-pakat buat rancangan tahunan tahun 1 dan 2. tapi kalau buat ramai-ramai tak la terasa penat sangat. Cedok sini sikit, cedok sana sikit. Lama-lama siap la.
Zohor pun dah masuk ni. Solat dulu la. Jom!
Wallahu 'alam...

Wednesday, February 2, 2011

Mesir oh Mesir...




Antara sunnah Allah yang mudah difahami dan dilihat ialah hukum pergantian atau silih berganti di antara dua yang berlawanan. Baik berganti buruk dan sebaliknya. Zalim berganti adil dan sebaliknya. Mulia berganti hina dan sebaliknya. Pergantian ini tidak berganti sendiri atau semudahnya. Ia mesti memuncak dan klimaks. Tali apabila sudah memuncak tegangannya, ia pun putus. Maka berlakulah pergantian, kental berganti kendur. Gagah berganti lembik.

Tiada malam yang kelam kecuali kemuncaknya adalah fajar nan menyinsing. Tiada panas yang memuncakkan teriknya kecuali bumi berpusing pantas ke sebelah timur meninggalkan matahari menggelongsor ke hujung barat. Begitu Allah memudahkan kita memahami sifir-Nya itu.

Presiden Husni Mubarak sedang cuba berhelah dengan sunnah ini. Sunnah Allah adalah keruntuhan dan kehinaan ke atas setiap penzalim dan thaghut di bumi-Nya. Firaun telah terhumban lemas di Laut Merah. Bani Israel kembali ke tangan keadilan nabi Musa alaihissalam. Semalam, Husni Mubarak, ketika rakyatnya menyerunya keluar dari Mesir di awal perhimpunan, dia melawan dan berusaha untuk tidak terbang melintasi Laut Merah ke Jeddah atau Dubai. Nah, hari ini rakyatnya meminta lebih daripada itu. Husni Mubarak untuk diadili, bukan untuk dihalau lagi. Kini, patungnya telah diangkat di Medan Tahrir ke tali gantung. Maut untuk penzalim dan thaghut!

Kata seorang penyair agung Tunisia, ‘Satu hari, apabila rakyat mahukan kehidupan (perubahan), maka pasti sekali al qadar (ketentuan tuhan) akan menjawab!’ Maka selepas puluhan tahun, al qadar menjelmakan dirinya, menyambut rakyat Tunisia yang bangkit menuntut kehidupan daripada hangus nyawa putus asa seorang anak mudanya yang dibakar kezaliman Ben Ali yang menjarah di bumi tuhan.

Fajar apabila ia bangkit, ia tidak hanya bangkit di Tunisia. Ia kini bergerak ke Mesir. Kemudian, malam yang kelam sedang menuju pula di Israel, negara haram di bumi Arab. Malam akan memuncak. Apabila fajar membunyikan locengnya, ia enggan kecuali menunggu azan yang akan berkumandang gagah di bumi al Quds.

Kata al imam al Qaradhawi,’Wahai Husni Mubarak, jika pemerintahan itu bagai ghanimah untukmu, maka 30 tahun itu sudah cukup. Jika pemerintahan itu adalah bebanan ke atasmu, maka 30 tahun itu juga sudah cukup. Turunlah kamu!’ Siapakah Husni Mubarak untuk menolak kalam karamah ini?

Kala para mustadhafin di seluruh jemari saraf bumi sedang menanti – nanti keajaiban sunnah Allah ini, kala itulah Allah membeliakkan mata seluruh para penjarah darah dan air mata di bumi-Nya mengarah ke bumi Mesir yang sedang mengumandangkan kalimah ‘La ilaha ilaLlah’ buat membakar sekutu syaitan dan Israel laknatuLlah itu.

Kezaliman memuncak. Kesabaran juga memuncak. Ia kini di medan pertembungan. Adakah anda menyangka kesabaran hujungnya adalah kehancuran? Tidak dan tidak!

Apa pun kesudahan di Mesir itu, Husni Mubarak sudah pun di gerbang neraka ciptaan rakyatnya sendiri. Oh, segala sanjungan berdekad dalam sekelip mata bertukar menjadi rentungan mendekap.

Malaysia apa khabar? Negara yang pernah bandar rayanya dilimpahi puluhan ribu rakyatnya yang berbaju kuning bertulis ‘BERSIH’ menuntut keadilan di dalam perlaksanaan pilihan raya yang dipenuhi penipuan dan penyelewengan. Dan mereka bagaikan anjing kurap sering kali dihalau dengan simbahan air asid daripada melawan kezaliman dan penipuan.

Malaysia apa khabar? Negara yang tak pernah diam dan tenang daripada pembongkaran rasuah kolar putih besar-besaran tetapi bilislah yang ditangkap secara kecil-kecilan pula. Kemudian mereka yang bersih dan mulia dituduh pula dengan rasuah dan kejahatan.

Malaysia apa khabar? Negara yang kadar jenayahnya, gejala sosialnya dan kemiskinan rakyatnya terus mewarnai kehidupan yang semakin menghimpit sedang kekayaan dari hasil mahsul buminya pula hanyalah berlegar di kayangan orang-orang kaya yang bertawaf di sekeliling serambi kuasa kezaliman pemerintahnya.

Sampaikan khabar buat Malaysia bahawa ajal sentiasa mendekat buat kezaliman dan penentang agama Allah. Sampaikanlah salam pula buat Malaysia bahawa ajal kezaliman akan berganti kehidupan penuh mulia buat rakyat dan pencinta keadilan dan keharmonian.

Malaysia bukanlah seiring Mesir yang begitu buruk politik pemerintahnya. Tetapi Husni Mubarak tidaklah perlu menunggu untuk menjadi seperti Firaun untuk segera rebah dipijak rakyatnya sendiri. Kezaliman adalah hantu kehidupan. Hantu itu bukan hanya hantu raya saja, bukan pula sundal di tengah malam saja.

Malaysia hanya ada dua pilihan; Samada pemerintahnya hari ini terus degil dengan keangkuhan menindas pembangkang dan rakyatnya yang menolak gaya hidup menindas dan menipu atau pemerintahnya segera membaiki kelemahan dan kesalahan dengan politik baru yang lebih adil.

Jika mereka memilih yang pertama, tunggulah keruntuhan dan kekalahan. Bukan Amerika, Israel, Singapura atau Indonesia yang akan datang. Bahkan rakyat seluruhnya akan datang sendiri merombak sistem dan gaya hidup melanun pemerintahnya. Jika mereka berdegil, hukum karma Allah setia menunggu panggilan rakyat yang tertindas.

Jika mereka memilih yang kedua, mereka perlu pula memilih di antara dua; Samada mereka memilih Islam sebagai cara hidup yang diredhai Allah atau mereka hanya memilih untuk kekal menolak Islam yang syumul, tetapi memperbaiki nilai demokrasi yang dianuti. Jika mereka memilih yang pertama, maka berbahagialah rakyat Malaysia dari atas sampailah ke bawah. Jika pula mereka memilih yang kedua, maka nyawa mereka akan lebih panjang dan ketentuan Allah akan bertangguh. Allah sentiasa menunggu untuk masa dan hari-Nya yang pasti.

Mengapa? Kerana pembaikian dan islah adalah jalan ugama. Jika pemerintah menyedari kesalahan dan kesilapan, lalu mereka membaikinya dengan menyempurnakan hak kemanusiaan dan rakyatnya, maka Islam menyambutnya dengan baik dan mereka dengan mudah memikat kembali hati rakyat. Semakin pemerintah membina sistem demokrasi yang menepati kehendak keadilan dan kesaksamaan, semakinlah mereka mendekati tuntutan ugama Islam.

Oleh kerana Islam bersifat tawaran terbuka dan bukan paksaan ke atas manusia di atas premis ujian Allah ke atas anak Adam di muka bumi ini, maka Islam akan subur di bumi yang adil dan tidak mengongkong. Jadi, kedua-dua pemerintah dan rakyat akan terlorong kepada Islam secara semulajadi yang harmoni dan menghiburkan.

Tetapi hak Allah di muka bumi adalah kekal. Tanggung jawab seorang muslim terhadap agamanya adalah kekal. Setiap umat Islam wajib mengangkat agama Allah untuk menjadi hakimnya di dunia ini. Itulah kewajiban khilafah di muka bumi.

Malaysia adalah negara umat Islam. Majoriti rakyatnya yang beragama Islam secara praktikalnya telah menepati lunas sistem demokrasi bahawa yang menguasai majoriti itulah yang berhak memerintah dan menentukan cara pemerintahannya. Justeru seruan ke arah pemerintahan Islam atau membina sebuah negara Islam adalah satu tuntutan yang dibenarkan oleh sistem yang mengagungkan hak majoriti.

Islam adalah pilihan untuk umat manusia tetapi adalah tanggung jawab ke atas umatnya. Setiap muslim, samada daripada PAS, UMNO, PKR atau apa pun, kewajiban menegakkan negara Islam adalah pasti secara fardhu ain ke atas mereka.

Berusaha ke arah itu melalui jalan yang syar’ie akan menyelamatkan mereka daripada murka dan azab Allah di akhirat nanti.

macam-macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...